Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

WELCOME 2015 :)

Asalamualaikum wbt, :) Alhamdulillah dah 20 tahun Allah  pinjamkan nyawa dan jasad ni untuk menjadi khalifahnya dimuka bumi yang sementara ni,.. moga tahun baru yang menjelang menjadi titik perubahan ke arah menjadi seorang yang lebih baik dari segi zahir dan batin.. haa mcm nk sambut hari raya pulak hehe subhanaAllah bila dok temenung sorang2 terpikir balik apa yang dah jadi sepanjang usia 20 tahun ni ya Allah macam-macam sangat kenangan yang kadang buat ceq sengeh sorang2, nagis mcm dalam drama, and macam2 lagi la... apa pon ina nk ucapkan jutaan ribuan terima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT telah hadirkan semua warna-warni kenangan yang ada sepanjang 20 tahun ini. terima kasih juga untuk keluarga, sahabat, semua yang menjadi sebahagian dari hidup ni.. macam biasa setiap tahun baru je semua mula pegang pen and kertas kononnya nak tulis azam tahun baru... piraahhhhhh hahahaha yang lama pon x terlangsai lagi kankankan.. perubahan tu bukan berlaku dari tahun ke tahun

anak kecil buta yang hafal al-qur'an ALLAH....

anak kecil buta yang hafal al-qur'an ALLAH....

Allah... maafkan aku...

sungguh tiada zat yang kekal di dunia ini... semuanya akan berakhir dengan izinNYA... kita datang untuk pergi... pergi ke negeri yang abadi.. negeri dimana telah kita huni suatu ketika dahulu, sebelum mata melihat dunia... kini dengan izinNYA.. kita bertapak di dunia... yang dihidangkan dengan pelbagai nikmat yang mengoda.. dan terus-terusan iman kita diuji dengan godaannya... tidak diterima pengakuan hamba yang mengatakan dirinya beriman tanpa membuktikannya... bangkitlah walaupun bertatih untuk mengapai cinta tertingginNYA.. dunia ini sudah tua dengan segala dosa dan noda.. beratnya dosa umat sudah berjuta tahun digalasnya... terimalah kenyataan bahawa semuanya akan berakhir... mungkin kitalah umat yang akan merasa gegarnya kiamat,.. yang akan merasa huru-hara serangan bala tentera dajjal... bagunlah saudaraku... bagun bersama membantu ku... sama-sama membimbing.. pegang erat tangan kita untuk mencari keredhaan Baginda SAW... mencari ker

Temubual Dr Azizan Osman & Prof Dr Muhaya

ni apa yang ina belajar.. mengenai minda bawah sedar.. dan sebagainya :)

TIPS HIDUP LUAR BIASA- DR AZIZAN OSMAN

Mendidik Isteri Cara Rasulullah S.A.W

Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Firman Allah SWT: “Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”   Kebahagiaan rumahtangga dapai diraih apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana
manusia sering mengharapkan kesempurnaan,.. sedangkan fitrah kita sebagai manusia tidak akan pernah sempurna,.. kerna itu ketidak sempurnaan kita yang akan mendekatkan kita dengan pencipta...  yang akan menguatkan lagi tali pergantungan kita kepada NYA.. ALLAH... sungguh tajam lidah manusia... sungguh hina penilaian manusia... sering kali langkah kita diperhatikan.. sering kali keputusan kita di pertikaikan... aku tidak sempurna... aku insan yang hina... langkah ku selangkah demi selangkah bangkit mencari Allah... sungguh kadang aku tersengkur namun mulut yang sering menghina tidak pernah terniat untuk membantu...  tapi kerna Allah aku gigih bagun walau lutut ku ketar menanggung kepahitan dalam menempuh dugaan... wahai manusia... aku juga insan seperti mu..  kadang terleka ditarik nafsu dunia..  kadang jiwa ingin dibelai dengan senyum dan tawa.. kadang hati ingin bebas bahagia... aku wanita...  diciptakan dengan pelbagai rasa dan nafsu...

INGAT! DAN SAMA2 PERBAIKI...

Bilamana kita mendapat pujian daripada sahabat, rakan2, guru, dan sesiapa sahaja.. ingatlah bahawa semuanya datang dari Allah.. kelebihan yang ada juga datangnya dari Allah.. siapa kita untk bangga dan sombong dengan segala nya? Kita hanya HAMBA NYA.. yang hingap di bumi ini dengan rahmat dari NYA.. kita tidak akn mampu bernafas sekalipun sekiranya Allah tidak mengizinkan.. maka dengan alasan apa lagi kita harus bangga dengan segala pujian? Simpanlah segala sanjungan dan pujian manusia.. rahsiakan dari pengetahuan umum... kerna syaitan sentiasa ada memesongkan niat dan mengotorkan apa yang suci.. usah kuatir.. sekiranya engkau insan yang hebat dgn izin Allah, dunia akan menyedarinyaa.. tidak perlu diheboh dan ditayang segala pujian.. kerna Allah sendiri akan memuliakan insan yang mulia.. Manakala insan yang melakukan kebaikkan apabila memuliakan dirinya sendiri di khalayak, sungguh itu amalan yang keji... Jauhkan aku dari sifat ini.. dan dari bisikan syaitan.....

Ijazah ;)

Alhamdulillah.. syukur pada Allah.. dengan segala anugerah dan nikmat dariNYA.. Sekarang ni ina mampu bernafas lega dengan rezeki yang Allah aturkan... seaungguhnya DIA mendengar doa hambaNYA.. ina berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda sains kaunseling.. di UUM.. yang juga merupakan pilihan pertama ina.. Alhamdulillah.. :) Sungguh aku berazam ingin menggunakan kesempatan ini untk melakukan sebaik mungkin dalam pelajaran ina demi Allah dan Rasul.. in sya Allah... Tapi sejujurnya aku masih lemah... seorang anak yang belum pernah jauh dari pantauan dan kasih syg keluarga ku.. ina takut jauh dari mak dan ba.. ina takut jauh dari katil ina haha.. entah lah.. seram pon ada bila pkiaq nk p.. cuma semua org kena bersedia dalam pelbagai fasa kehidupan.. kita akan bertapak selangkah demi selangkah dan semuanya akan memberi pengalaman yang berbeza.. Ina harap ina kuat.. kalau org lain boleh napa ina x ? In sya Allah.. 4 tahun pengajian ina... moga akan menghasilk

:)

X sangka cepat ja rasa result upu dh nk keluar.. sejujurnya aq rasa begitu tenang dan redha dengan apa yang bakal ku terima.. sungguh aku benar2 bertawakkal kepada Mu ya Allah.. ikhlaskan hati ku dan rakan2 ku dengan segala ketentuan Mu.. Bukan mudah untuk kita mencipta kejayaan.. tapi yakinlah dimana ada usaha disitu ada peluang dan ruang... Sungguh segalanya rezeki dari Mu.. jika ada rezeki ku disana in sya Allah akan aku gunakan sebaik mungkin untuk menimba ilmu sedalam yang mampu dan jadikan peluang ini sebagai jihad ku... Dan sekiranya diberi keizinan oleh MU YA RAHMAN.. aku ingin menjejakkan kaki ku ke istanbul kerna minat ku untk menerokai bumi yang terkenal dengan tamadun islam yang agung suatu ketika dahalu... in sya Allah... moga dipermudahkan..  :) Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah jualah yang menentukan.. sekiranya lain yang terjadi moga itu juga merupakan yang terbaik buat diriku.. in sya Allah :)

Ahlan wasahlan ya RAMADHAN!

Persediaan Ramadhan.. Sebagai umat islam kita harus yakin dan percaya akan segala kelebihan dan keistimewaan yang terdapat dalam bulan Ramadhan yang Allah khusus kan untk kita hambaNYA.. SubhanaAllah.. :) itulah tanda kasih dan sayangnya pencipta kita.. Keistimewaan ini hanya terdapat pada umat MUHAMMAD SAW.. Bergembiralah dengan kedatangan Ramadhan dan gunakanlah sebaik mungkin waktunya.. Sungguh sekarang ni sedar atau tidak masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita manusia yang rugi... Walaupun putaran jam tidak pernah lambat atau cepat sesaat.. dari dulu hingga kini.. namun apa yang pasti kuasa Allah mengaturkan semakin dekat kita dengan kiamat semakin cepat jarak waktu terasa.. Apa persiapan yang patut kita lakukan? Pertama BERTAUBAT! sebelum menjelang ramadhan.. sujud dan lakukan taubat untk membersihkan diri kita dari segala dosa dan kemungkaran... mohan ampun yang bersungguh2 agar kita dijauhkan dari dosa lampau dan kita mampu bertemu Ramadhan dengan keadaan suci.. 

Bacalah... fahamlah... ROH

ROH                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Nabi Adam as dicipta dari tanah dan merupakan makhluk ciptaan terbaik berbanding makhluk lain                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Bagaimanapun Adam, walaupun sempurna anggota jasadnya tapi tidak membawa apa-apa makna tanpa roh