Skip to main content

Posts

Pregnancy journey

 Alhamdulillah dah hampir 6 bulan pregnant.. Apa yang boleh ina kata, ianya sebuah perjalanan yang mencabar tapi membahagiakan..  Mungkin ina tak rasa strugglenya penantian dalam mendapatkan zuriat.. Sebab alhamdulillah di awal usia perkahwinan kami telah dikurniakan rezeki cahaya mata kecil ni..  Tapi cabaran untuk bergelar ibu itu sungguh besar..  Sepanjang trimester pertama, alahan ina teruk. Berat badan pon susut sikit, selera makan pon sangat kurang. Makan apa pon akan muntah balik, dalam sehari muntah berkali-kali terutama waktu petang and malam. Sampai kadang nak fikir makan apa pon x mampu and rasa susah sangat setiap haritu nak fikir makan apa sebab semuanya rasa loya. Lepas makan ja mesti akan muntah balik. Pernah makan dekat kedai, elok lepas makan and bayar terus lari ke toilet and muntahkan balik semuanya, sampai keluar air ja. And the worst part is, langsung x suka and rasa alah nak masuk dapur, sensitive sangat dengan bau, x boleh bau peti ais, bau lauk, bau tumis, meman
Recent posts

MONTSARY

alhamdulillah harini genab sebulan aku berkahwin <3 dah sebulan kahwin baru nak menaip dalam blog. malas sungguh nak mengarang. ni sebab dah bosan sangat and alang-alang dah cukup sebulan marilah kita buat sesi romantik sikit dalam blog yang dah berusang ni. first of all, aku memang tak sangka aku akan kahwin pada tarikh 27/3/2020. ikut perancangan asal akad nikah akan dijalankan pada 3/4/2020 dan sanding pada 4/4/2020. tapi disebabkan isu global COVID-19 ni buatkan semua perancangan jadi 360 darjah bertukar. malam 25/3/2020 "ex-tunang" call nak cakap nak percepatkan nikah sebelum bulan April sebab tok kadi cakap takut penang akan keluarkan arahan untuk tidak membenarkan sebarang acara pernikahan bermula 1 April. sejujurnya aku sangat lah x ok and emosi bila tiba-tiba nak diawalkan dengan keadaan akad nikah yang perlu bersyarat untuk dijalankan tidak melebihi skeian-sekian jumlah, nana (kakak sulung) and family dia x boleh balik sebab PKP, sahabt-sahabat lain tak da

CORONA

Asalamualaikum salam dukacita,  sesunguhnya kita semua satu dunia berhadapan dengan keadaan yang sangat membimbangkan seluruh masyarakat dunia. tak sangka, yang kita semua akan rasa suasana macamni. dulu selalu baca dalam buku sejarah, dengar kisah orang-orang dulu, atau dengar kegawatan yang dialami orang negara-negara lain.  namun kalini, penangan Virus COVID-19 ni satu dunia sedang merasakan. subhanaAllah, besarnya kekuasaanMU.. moga Allah memberikan perlindungan kepada semua yang kita sayang..  seluruh umat di muka bumi ni.. ya Allah ampunkan lah segala dosa kami dan angkat la ujian berat mu ini ya Allah.. tapi kita kena percaya yang setiap apa yang Allah hantar pasti ada hikmahnya, walaupun sekecil-kecil perkara pon kita dapat lihat dan faham dengan lebih jelas. sejak di arahkan perintah kawalan pergerakkan ni, kita dapat belajar banyak benda.  1. Kita boleh faham, macam mana bosannya duduk rumah dan betapa tepunya otak bila x keluar tengok dunia luar.

~DIA

entah la mana nak mula, rasanya x salah kot untuk menulis tentang seseorang yang sangat besar maknanya dalam hidup sendiri.  tapi jujur berkali-kali aku fikir untuk mengarang itu dan ini... kerana tiada ayat dan punca untuk aku mulakan nukilan ini.. mengenali dia sejak dari zaman sekolah.. sejujurnya pada mulanya aku rimas dengan dia, usaha dia untuk mendekati diri aku, namun dalam diam, aku sangat kagum dengan EFFORT yang tak pernah kurang dari diri dia. keikhlasan dia, dapat aku lihat dari usaha yang dia lakukan..  samaada aku suka atau tak, usaha yang dia lakukan tapi bila aku muhasabah, aku dapat lihat kesungguhan nya.. walau dia tahu, dia punya saingan, walau dia sentiasa bandingkan dirinya dengan yang lain,  walau dia rasa kecil dibandingkan dengan yang lain,  dalam diam, aku melihat usaha nya.. dalam diam aku perhati dan menilai setiap usahanya.. dan penilaian itu mengambil masa hampir 7 tahun..  sejauh mana pun aku cuba menafikan perasaan aku in

Gerbang Baru :)

alhamdulillah.. lama rasanya tak mengarang.. bila duduk saja-saja ni.. macam-macam pula dalam kepala ni rasa nak luahkan.. tapi macam biasa.. selalunya hati dan minda x bagi kerjasama kepada jari yang menaip.. but its okay.. kita try yang terbaik.. alhamdullillah 1/6/2018 aku dah berjaya menamatkan zaman degree aku..  satu anggan aku dari kecik adalah untuk memasuki alam universiti..  selalu balik dari sekolah bila nampak kakak-kakak dan abang-abang poli lalu lalang depan sek, aku selalu bisik dalam diri, ya Allah, mampukah aku belajar tinggi macam mereka... bila tiba saat result SPM keluar, aku sekali lagi bertanya pada diri.. bila melihat rakan-rakan yang lain mula menjejaki kaki di alam universiti, matrikulasi..  namun pilihan yang aku ada adalah STPM. disini aku bulatkan tekad, aku ingin berjaya, aku ingin masuk ke alam universiti.. walaupun terpaksa berpakaian sekolah lagi, berhimpun diperhimpunan, makan di kantin, dengar loceng sek, ikut peraturan dan s

๐Ÿ˜Š

Bila berkata mengenai perasaan orang sering melihat aku kuat.. Mereka merasa aku jarang menangis dan mampu teguh segala pendirian.. Disebalik setiap keputusan.. Mereka tidak tahu rahsianya.. Berbulan aq menanggung segalanya.. Aku simpan dan luah hanya pada DIA.. Aku pendam dan pujuk hati mempersalahkan diri sebelum aku lihat salahnya dia.. Aku cuba sedayanya untuk terlihat bahagia.. Aku cuba.. sungguh aku cuba.. Aku terima bukan saja2.. ikhlas dari hati kerana DIA.. Keputusan yang aku ambil bukan akan buat aku tertawa.. sungguh aku mahu hanya ketenangan.. dan sungguh aku mahu adalah untuk merasa kau ada.. Sia-sia dekat namun hilang.. Mungkin persahabatan ini penawar segalanya.. Aku yakin dengan ketentuanNYA.  Akan tiba masa untuk Allah menjawab segalanya.. Aku serah segalanya kepada DIA.. Allah telah atur segala perjalanan dan perancangan NYA.. Disini Allah menguji keyakinan kita kepadaNYA.. Jangan kuatir doa aku untuk mu sentiasa ada.. Aku perlu kuat demi

Tercemar berjuta kenangan hanya kerna satu kesalahan..

tercemar berjuta kenangan  hanya kerna satu kesalahan.. saudara,  jika kita sedar bahawa kebahagiaan dan kesakitan yang pernah atau sedang kau rasa itu adalah atas kehendak tuhan mu.. maka engkau tidak akan mudah menghukum seperti ini.. saudara.. jika kau faham dan yakin dengan takdir yang telah Allah catatkan.. masa yang kau ambil untuk memaafkan akan lebih singkat.. dendam yang kau bawa lama itu akan makin luntur... amarah yang kau gengam itu akan makin padam.. yakin lah... kau akan dan pasti akan perolehi ketenangan yang lebih damai.. malah kau akan lebih dikagumi oleh yang menyakiti mu.. kerna kekuatan yang kau mampu pikul adalah lebih besar.. jika Allah berkata bahawa  "Aku tidak menguji hamba ku diluar kemampuannya" maka apa lagi yang kau ragukan tentang kemampuan mu.. adakah janji Allah itu, masih belum cukup untuk membuatkan kau yakin? maka dengan siapa bisa kau sandarkan rasa keyakinan yang tinggi melebihi Rabb mu?