Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

~ZIKIR LAH WAHAI HATI..

salam jumaat :) subhanallah... seronoknya,.. harini ina dapat banyak ilmu baru  walaupun ponteng sekolah today,.. hehe Alhamdulillah Allah masih bg peluang hamba Allah ni untuk berkongsi ilmu-ilmu Allah... dan sekarang nyh ina nak bincang sikit tentang kehidupan kita... ZIKIR... zikir? kita selau dengar usaz,. ustazah pesan kt kita selalulah berzikir and banyak lg,.. kata mereka zikir nyh boleh menenangkan hati,.. dekat dengan Zat yang mulia.. kenapa zikir? dalam zikir kita memuji pencipta... kenapa kita perlu puji pencipta? :) siapa lagi yang layak untuk kita puji selain yang MAHA SEMPURNA dan tiada cacat celanya.. Allah menciptakan kita sebagai hambaNya adalah untuk memujaNya...  meletakkan Allah yang utama dalam hati kita.. tapi kita lalai dengan segala perintah Allah.. dengan amalkan zikir kita akan lebih sedar bahawa Allah selayaknya berada di hati kita sepanjang masa... siapa kita untuk lupa pada Nya? siapa kita untuk menjalankan kehidupan seharian tanpa mengingatiNya? siapa kita

asalamualaikum :)

hari minggu nyh ina nk kongsi cerita sikit :) ramainya cakap kalam Allah tu indah.. mempunyai kebersarannya.... ea,.. yakinlah... ina sangat yakin dengan ayat-ayat suci Al Quran... janji-janji Allah... kalamNya melindunggi kita... penah satu hari ina dgn adik and kawan ini ronda2 kt Alma,.. kami keluar lepas asar... then waktu dekat-dekat nk magrib keta ina temperature naik tinggi sangat.. and econ pon x function,. so tau lah kn,. perempuan bab2 keta nyh mmg senang sngt nk gelabah,.. dh lah ina x tau apa2 tntng keta,. tau bawak ja.. then bla tngok waktu nk dekat magrib dh kami pon decide benti kat masjid berdekatan untuk solat Magrib and biar temperature turun skit.. nk letak air dalam tangki yg sepatutnya dkt bhgian enjin tu. so kmi pn benti solat magrib,. and kuar kt tmpat parking dlm masjid tu.. bila nk mula proses nk latak air dlm tangki keta tu.. bonet depan keta ina x tau nk bukak mcmna,. nk tekan apa pn ina x tau.. so try mcm2.. nk tnya org,.. semua pn dh blik,. ada

wali Allah yg sangat ina kagum :') hebat wanita muslimah ini...

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan. Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali. Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dina

IQRA bacalah... x sampai 5 minit pun,.. pasti akan ada pengajaran :) in sya Allah...

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bercerita bahwa dulu  dikalangan Bani Israil ada tiga orang: belang (sopak), botak, dan buta. Allah Subhaanahu wa Ta'ala hendak menguji mereka, maka Allah mengutus seorang malaikat untuk datang kepada orang yang belang (sopak), lalu bertanya kepadanya: "Apakah yang anda inginkan?" "Warna yang bagus dan kulit yang baik," jawab orang itu. "Sebab, kini saya telah dijauhi orang." Maka diusaplah badan orang itu oleh malaikat itu, sehingga dengan izin Allah hilanglah penyakitnya dan kulitnya berubah menjadi sangat bagus dengan warna yang indah. Lalu orang itu ditanya lagi, "Harta kekayaan apakah yang engkau inginkan?" "Onta," jawabnya. Maka diberinya onta betina yang sedang bunting sambil didoakan semoga Allah Subhaanahu wa Ta'ala memberkahinya. Setelah itu, malaikat tersebut mendatangi orang yang botak dan bertanya, "Apakah

AKU SEDANG MENCARI...

asalamualaikum ^_^ subhanallah.. hujan x  benti daripada semalam.. dalam senyuman seorang gadis polos ni.. hatinya hanya menjadi tatapan dan penilaian Allah... x dak makhluk lain yang mampu fahami... walaupun coretan ini mampu diilahamkan.. tetapi....... x semuanya mampu dizahirkan... sebenarnya.... AKU SEDANG MENCARI...  mencari sesuatu yang hakiki.... terlalu jauh terasa penrjalanan ini...  sedangkan masaku semakin dicuri... moga aku sentiasa dirahmati... dalam mencari keberkatan Illahi..  hati-hati yang tidak mengerti senang sekali mencaci... mengikut penilainya sendiri... kadang kala terasa dihati... namun api kebencian ku padam sendiri... bila diri kembali muhasabah pada Illahi...   mampukah aku kekal di dunia sementara ini,... sebagai muslim yang sejati.... sesungguhnya hati ini.. sentiasa meratapi.. memikirkan nasibku di akhirat nanti... Ya Rasullullah S.A.W sesungguhnya aku merinduiumu.... merindu zaman perjuangan mu... rindu menat

BISMILLAHHIRAHMANIRAHHIM..

APABILA KAMU PADA ZAHIRNYA DIHIASKAN DENGAN TAAT KEPADA PERINTAH-NYA DAN DIKURNIAKAN PADA BATIN KAMU MENYERAH BULAT KEPADA ALLAH S.W.T, YANG DEMIKIAN ADALAH SEBESAR-BESAR NIKMAT BUAT KAMU. Hamba Allah yang sejati adalah yang menggunakan segala daya dan upayanya untuk mentaati Allah s.w.t, menurut segala perintah-Nya tanpa hujah, tanpa tangguh, tanpa ragu-ragu dan pada masa yang sama hatinya yakin sungguh-sungguh kepada ketuhanan Allah s.w.t yang memelihara, menjaga, melindungi, menguruskan segala ses uatu dengan cara yang paling baik. Mentaati perintah Allah s.w.t dengan memelihara sempadan syariat dinamakan takwa, dan keyakinan hati terhadap ketuhanan Allah s.w.t yang memelihara serta mengatur, dinamakan iman. Gandingan iman dan takwa melahirkan sifat ubudiyah yang sejati. Beriman tanpa bertakwa atau beramal adalah kejahilan. Beramal tanpa beriman adalah munafik. Iman dan takwa merupakan dua belah sayap yang saling bantu membantu agar insan dapat terbang menuju Tuhan. Jika hanya