Skip to main content

BISMILLAHHIRAHMANIRAHHIM..



APABILA KAMU PADA ZAHIRNYA DIHIASKAN DENGAN TAAT KEPADA PERINTAH-NYA DAN DIKURNIAKAN PADA BATIN KAMU MENYERAH BULAT KEPADA ALLAH S.W.T, YANG DEMIKIAN ADALAH SEBESAR-BESAR NIKMAT BUAT KAMU.
Hamba Allah yang sejati adalah yang menggunakan segala daya dan upayanya untuk mentaati Allah s.w.t, menurut segala perintah-Nya tanpa hujah, tanpa tangguh, tanpa ragu-ragu dan pada masa yang sama hatinya yakin sungguh-sungguh kepada ketuhanan Allah s.w.t yang memelihara, menjaga, melindungi, menguruskan segala sesuatu dengan cara yang paling baik. Mentaati perintah Allah s.w.t dengan memelihara sempadan syariat dinamakan takwa, dan keyakinan hati terhadap ketuhanan Allah s.w.t yang memelihara serta mengatur, dinamakan iman. Gandingan iman dan takwa melahirkan sifat ubudiyah yang sejati. Beriman tanpa bertakwa atau beramal adalah kejahilan. Beramal tanpa beriman adalah munafik. Iman dan takwa merupakan dua belah sayap yang saling bantu membantu agar insan dapat terbang menuju Tuhan. Jika hanya satu sayap sahaja yang ada seseorang itu hanya berpusing-pusing di bumi. Walaupun jauh  jarak yang telah dipusingnya namun, dia tetap berada di bumi, tidak terbang ke alam tinggi.
 Seseorang yang menggabungkan iman dan takwa adalah orang yang bersesuaian zahirnya dengan batinnya atau harmoni kedudukan syariat dan hakikatnya. Amalan zahirnya sesuai dengan tuntutan syarak dan batinnya menghadap kepada Allah s.w.t. Orang yang bersesuaian iman dan takwanya, zahir dan batinnya, syariat dan hakikatnya, jasmani dan rohaninya, sebenarnya mendapat sebesar-besar nikmat daripada Allah s.w.t. Dia terlepas daripada sifat munafik. Dia berada pada tarekat  (jalan) yang benar.
 Apabila seseorang menganut agama Islam dia dinamakan muslim. Muslim menerima syariat Islam sebagai cara hidupnya. Dia memahami dan mengakui akan kebaikan dan kebenaran peraturan yang ditetapkan oleh syariat Islam. Kemudian dia beriman dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t. Kedudukannya naik daripada muslim kepada Mukmin. Mukmin mempunyai keyakinan yang teguh terhadap Allah s.w.t dan dia tidak ragu-ragu untuk menyerahkan seluruh kehidupannya kepada Tuhan. Dia yakin Allah s.w.t sahaja yang mengatur kehidupannya. Orang Mukmin mematuhi syariat bukan kerana kebaikan dan kebenaran syariat itu semata-mata, tetapi adalah kerana Allah s.w.t. Dia melihat syariat sebagai peraturan Allah s.w.t dan sebagai hamba dia wajib akur kepada peraturan tersebut. Ketaatan kepada syariat yang didorong oleh iman yang teguh membentuk sifat takwa. Orang yang bertakwa naik dari tahap Mukmin kepada tahap muttaqin. Makam muttaqin adalah makam keteguhan beramal dengan syariat Islam dan ketetapan hati bersandar kepada Allah s.w.t. Keteguhan dan ketetapan hati dalam makam muttaqin menjadi tangga untuk mencapai makam muqarrabin iaitu orang yang hampir dengan Allah s.w.t. Orang yang paling hampir dengan Tuhan adalah orang yang paling bertakwa iaitu orang yang paling teguh kedudukannya pada makam muttaqin. Makam muttaqin bukan sahaja menjadi tangga untuk mencapai makam muqarrabin bahkan ia juga menjadi tapak untuk naik kepada makam ariffin. Sepanjang perjalanan dari makam Muslim kepada makam ariffin, iman dan  amal menjadi kenderaan. Perpindahan dari satu makam kepada makam yang lain memperlihatkan keteguhan dan ketetapan amal dan iman.
Sekiranya Allah s.w.t berkehendak mengurniakan kepada hamba-Nya kedudukan yang baik pada sisi-Nya maka hamba tersebut dikurniakan keteguhan dalam melakukan ketaatan kepada-Nya dan diperkuatkan imannya. Hamba yang memperolehi kurniaan begini menjadi hamba yang gemar beribadat, beramal salih dan kuat pula bertawakal kepada Allah s.w.t. Inilah hamba Allah s.w.t yang berjaya.
 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Bashiir....

ALLAHUAKHBAR... sayupnya rasa hati... ya Allah sungguh aku rasa jauh dari ketenangan.. aku ingin sibuk kan diri ku mencari cinta mu seperti dulu.. aku ingin kembali dalam dakapan erat mu.. aku ingin merasa hangat mengejar cinta mu... ya Allah tuntun kan aku kembali ke dalam cahaya MU.. tolong ya Allah... Tolong....... aku penat dengan dunia ini ya Allah... penat sangat.... sungguh tiada ketenangan di sini... semua nya sangat menekankan hati.... ya Allah ke mana patut kaki ini melangkah..... ke mana ya Allah? ke mana........ kenapa KAU biar kan aku begini ya Allah... aku sentiasa... SENTIASA perlukan MU ya Allah... ya RAHMAN.... YA RAHIM... kebesaran mu untuk kami semua hamba MU... sungguh aku mohon... toleh lah pada ku ya Allah..... gapai semula tangan ku..... bantu aku ya Allah.... gengam hati ku... kenapa aku di letakan dalam keadaan ini.... Allah... aku tak nak jauh dari MU... tiada makna hidup ini tanpa MU... Allah... aku sentiasa ada mu... aku yakin setiap jari yang menaip.....

Tercemar berjuta kenangan hanya kerna satu kesalahan..

tercemar berjuta kenangan  hanya kerna satu kesalahan.. saudara,  jika kita sedar bahawa kebahagiaan dan kesakitan yang pernah atau sedang kau rasa itu adalah atas kehendak tuhan mu.. maka engkau tidak akan mudah menghukum seperti ini.. saudara.. jika kau faham dan yakin dengan takdir yang telah Allah catatkan.. masa yang kau ambil untuk memaafkan akan lebih singkat.. dendam yang kau bawa lama itu akan makin luntur... amarah yang kau gengam itu akan makin padam.. yakin lah... kau akan dan pasti akan perolehi ketenangan yang lebih damai.. malah kau akan lebih dikagumi oleh yang menyakiti mu.. kerna kekuatan yang kau mampu pikul adalah lebih besar.. jika Allah berkata bahawa  "Aku tidak menguji hamba ku diluar kemampuannya" maka apa lagi yang kau ragukan tentang kemampuan mu.. adakah janji Allah itu, masih belum cukup untuk membuatkan kau yakin? maka dengan siapa bisa kau sandarkan rasa keyakinan yang tinggi melebihi Rabb mu?...

CORONA

Asalamualaikum salam dukacita,  sesunguhnya kita semua satu dunia berhadapan dengan keadaan yang sangat membimbangkan seluruh masyarakat dunia. tak sangka, yang kita semua akan rasa suasana macamni. dulu selalu baca dalam buku sejarah, dengar kisah orang-orang dulu, atau dengar kegawatan yang dialami orang negara-negara lain.  namun kalini, penangan Virus COVID-19 ni satu dunia sedang merasakan. subhanaAllah, besarnya kekuasaanMU.. moga Allah memberikan perlindungan kepada semua yang kita sayang..  seluruh umat di muka bumi ni.. ya Allah ampunkan lah segala dosa kami dan angkat la ujian berat mu ini ya Allah.. tapi kita kena percaya yang setiap apa yang Allah hantar pasti ada hikmahnya, walaupun sekecil-kecil perkara pon kita dapat lihat dan faham dengan lebih jelas. sejak di arahkan perintah kawalan pergerakkan ni, kita dapat belajar banyak benda.  1. Kita boleh faham, macam mana bosannya duduk rumah dan betapa tepunya otak bila x keluar...