Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

"Adik tengok akak mcm x terurus ja"

"Adik tengok akak mcm x terurus ja" hahaha ayat terasa mcm sakai sngt ka aq ni.. Haha.. Tpi betul lah tu dik.. Terlalu busy dgn segala tugasan dan tanggungjwp.. Banyak sngt dalam otak ni. Seblum tdoq pon masih fikir apa yg nk kena buat esok.. Planner yg ada pon smpai x ckup ruang nk tulis.. Bukan tu saja Allah uji dgn mcm2 lagi ujian idop.. Dtg dari mcm2 peragai dari org sekeliling kita.. Semua tu sejujurnya bgi tekanan hebat.. Letih.. Dan paling penat untuk puas kan hati semua pihak.. Bila kita cakap kita penat.. Ada ja yg akan salah tafsir.. Semu nk kita jdi mcmna yg depa nak.. Sedangkan kita dlm hati Allah ja yang tahu betapa serabut dan penatnya nk layan kerenah manusia.. Sbb tu akan ada yg kata syg kamu tp tindakannya x benti memberi kita tekanan.. Kdang kwn yg konon care pasal kita padahal bila masing2 busy semuanya longok atas kepala kita.. So cara mudah is jgn bergantung dan berharap pada yang namanya manusia.. Buat ikut kemampuan diri sendiri.. Kita ada hak atas diri

selamat tingal :)

keberadaan seseorang membuat kan kita sangat leka dalam keselesaan apabila di hargai.. namun perginya ia akan membuatkan kita sedar akan nilai sebuah pertemuan..  terima kasih ya Rabb atas pengajaran yang sangat berharga ini.. terima kasih kepada setiap insan yang datang dan pergi dalam hidup ini.. terima kasih atas sebuah pengertian yang besar..  aku menghargainya walaupun sakitnya perit..  namun kini aku makin kuat .. kerna ianya mengajar aku sakit ini sangat sedikit berbanding sakitnya rasa apabila kita tahu kita penyebab seseorang sakit kerna kita.. maaf kan aku.. aku masih punya jalan hidup ku yang kadang perlu aku utamakan pilihan ku terdahulu.. namun doa akan aku dahulukan dalam setiap gerak ku.. agar Allah tentukan yang terbaik dalam setiap tindakan ku..  terima kasih untuk yang datang dan pergi.. terima kasih. dulu aku masih kunci langkah ku untuk memikir dan bersedih. namun kini aku telah nekad untuk angkat kaki ku dan terus berjalan ke hadapan.. selamat tingal d

:) maaf kan ku

kadang aku terlalu menyembunyikan segala rasa sehingga sukar untuk yang penting mentafsirkannya.. itu bukan kerna aku pilih untuk jadi sebegitu.. itu kerna aku terlalu bergantung pada tuhan ku.. aku terlau asyik dalam mengadukan segala hal ku terhadapNYA yang aku merasa begitu lega melepaskan segala sesak di dada.. sehingga tidak perlu aku rasa untuk curahkan rasa ini pada yang lain. BENAR.. jika engkau punya tuhan mu.. maka kau akan punya segalanya... kadang aku leka dengan segala rasa.. aku mohon maaf andai "tidak menghargai" rasa mu.. namun aku masih belum pasti destinasi yang akan ku tuju nanti.. terlalu banyak yang berlegar di minda. terlalu banyak yang perlu ku galas beban di dunia untuk meraih keredhaan akhirat.. hingga kadang aku letih dan perlu untuk bersendiri.. kadang aku pilih untuk berdiam.. bukan kerna aku tidak peduli.. tetapi kerna aku perlu masa untuk diriku, dan aku beri masa untuk kamu mengerti salah dan betulkan tanggapan mu.. kerna aku telah banyak

Islam and Hope :)

Dunia kadang menawarkan pelbagai jalan dan pilihan. Namun kita sendiri selalu mengangap bahawa kita salah memilih jalan hidup.pendapat peribadi ku, tiada istilah salah memilih dalam kehidupan. Semuanya adalah pengalaman dan pembelajaran. Contoh anda pernah terjebak dengan dadah, pelacuran, pergaulan bebas, mendedahkan aurat, minum arak dan banyak lagi perkara yang diangap bertentangan dengan agama dan norma.. Namun hakikatnya Allah meletakkan kita dalam sesuatu situasi dan pasti ada hikmah. Terjerumus dalam lembah yang hina dan lembah maksiat bukan satu kesalahan yang tidak boleh di perbaiki melaluinya namun tidak memperbaiki keadaan yang tidak baik ke arah yang baik itu baru merupakan satu kesalahan. Apabila manusia telah mula celik akalnya dalam menilai sesuatu baru lah pemilihan yang di lakukan itu lebih baik dan positif. Kadang ada sebab kenapa Allah pilih kita untuk terjerumus dalam pengalaman yang bagi org biasa berpandangan Teruk dan jijik. Namun mungkin itu salah satu jalan yan

ya Rasulullah SAW aku sangat merindui mu......

Malu rasanya mengatakan cinta Kepada dia kekasih Allah Kerana dia insan mulia Sedangkan diriku insan biasa Ku pujuk jua hati dan jiwa Meluahkan rasa cinta membara Didalam pujian ucapan selawat Tanda penghargaan seorang umat Selagi upaya ku turuti ajarannya Apa terdaya ku amalkan sunnahnya Moga didunia mendapat berkat Di akhirat sana beroleh syafaat Kerana peribadinya aku terpesona Kerana budinya aku jatuh cinta Rindu ku padanya tiada terkata Nantikanlah daku ditaman syurga Sesungguhnya apa yang ku dambakan Adalah cinta Allah yang Esa Kerana cinta kepada Rasulullah Beerti cinta kepada Allah

Langit Ilahi TV Show ~2~ Merasai Kemanisan

kemanisan beriman,.  apa yang kita faham mengenai kemanisan beriman? kadang kita selalu dengar perkataan ini disebut-sebut,. namun kita sendiri tidak cuba untuk memahami dan mendalamainya,, ruginya kita andai dipinjamkan usia yang begitu pnajng sekalipun andai kemanisan beriman intu masih belum kita rasai hingga ke pangkal hati.. oleh itu ina tampilkan satu video dari motivator, dan penulis buku terkenal hilal asyraf mengenai perkongsian nya yang mudah untuk kita faham dan ambil contoh.. pendekatan sebab kita tidak merasai kemanisan  beriman adalah kerana kita telah "MENCAMPUR" islam kita dengan seseutau benda yang asing yang sifatnya bukan islam.. menyebabkan kemanisan itu menjadi hambar dan bertukar...  seperti jus oren yang kita campur dengan nescafe.. pasti semamacam ja rasanya kan.. sedangakan para sahabat terdahulu merasai kemanisan islam yang sebenar,. kemanisan islam yang tulen.. sehingga kekuatan mereka untuk memperjuangkan islam itu tinggi.. dan mereka tidak gentar

:)

hai!! asa;amualaikum ?! lama rasanya x menaip... mungkin agak bz kowt haha.. no... sebenarnyaaa nak taip ni kena ada mood.. so bila mood x mai dia x dak rasa nk mengarangkan.. nak cakap pasal apa pon x tau.. saja ja nak merapu2.. haaa.. apa pon AL-FATIHAH tu my mamtom.... sungguh Allah telah memangil mu bersamanyaa.. moga rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Allahukhbar.. 2 hari sebelum maktok meninggal ina mimpi maktok dtg dlam mimpi ina,. mmg mesej dalam mimpi ina tu gambarkan yang matok nak tingalkan kami.. bagun dari tidur ina mula rasa tu mesej yang Allah nak sampaikan.. tapi ina diamkan diri.. x bagitau sapa pon.. mula niat nk bgtau ba, tapi x tau mcmna nk sampaikan.. and dua hari lepas tu mak mesej bgtau maktok dah x dak.. Allah... dan Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya... ramai yang nak tolong hantar ina balik.. dan Alhamdulillah ina sempat mendikan jenazah arwah... sempat cium arwah buat kali terakhir, sempat doakan arwah masa pengebumiannya.. terim

Uwais Al-Qarni : Terkenal di langit, tidak di bumi

Dia seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang,kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Hidup sezaman dengan Rasulullah tetapi mereka tidak pernah bersua muka kerana Uwais tinggal di Yaman. Kerap membaca al-Quran dan selalu menangis tatkala membacanya. Pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut. Satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakan sebagai selendang. Siapalah dia di mata manusia. Tidak banyak yang mengenalinya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara yang mentertawa dan mempermainkannya.Ada yang menuduhnya sebagai pencuri. Manusia mengumpat dan mencelanya kerana kemiskinannya.Uwais telah lama yatim, tiada sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua dan lumpuh. Sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Jika ada wang lebih, Uwais gunakan bagi membantu jirannya yang juga hidup