Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

aku untuk DIA

Dalam kesamaran aku mencari tiada arah tiada petunjuk namun aku yakin dengan janji bahawa DIA maha mengatur Walau hati kadang tertanya apa kesudahan dan pengakhirannya naik turun rasa sayang dan cinta  kerna ianya hanya pada manusia Aku takut berdepan dengan rasa kerna mungkin akal mendahului anganku realiti hidup rencatkan keseronokkan cinta hingga aku menarik tali layang dari terus terbang tinggi mengejar mimpi  Aku terus dilamar dan disapa dia dan dia namun hati tiada lagi rasa walau rasa yang aku cari entah apa dan bagaimana namun aku yakin kudratNya lebih dari segala Tidak mustahil ketentuanNYA aku berakhir tanpa siapa  namun aku yakin hikmah akan meyapa  siapa yang redha dan percayakan DIA