Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Kisah syaitan menolong seorang pemuda ke masjid

       Kisah ini bermula apabila seorang pemuda          bangun pada awal pagi untuk solat Subuh di          masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan          berjalan menuju ke masjid. Di pertengahan          jalan menuju ke masjid, pemuda tersebut          jatuh dan pakaiannya kotor.          Dia bangkit, membersihkan bajunya dan          pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia          berganti baju, berwudhu dan berjalan          menuju ke masjid.          Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di          tempat yang sama. Dia sekali lagi bangkit,          membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.          Di rumah, dia sekali lagi berganti baju,          berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.          Di tengah jalan menuju ke masjid, dia          bertemu seorang lelaki yang memegang          lampu.          Dia menanyakan identiti lelaki tersebut dan          lelaki tersebut menjawab "Saya melihat anda          jatuh dua kali di perjalanan menuju ke masjid,          jadi s

SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

"Sewaktu kecil, ada malaikat yang sentiasa datang kepadaaku dalam rupa yanag tampan. ia menemaniku ketika aku berjalan menuju madrasah dam menjadikan kawan-kawan ku sentiasa mengutamakan diriku. ia menemaniku seharian sehingga aku pulang. dalam sehari, aku perolehi ilmu yang lagi banyak daripada yang diperolehi oleh kawan sebayaku selama satu minggu. aku tidak pernah mengenali pemuda itu. suatu hari ketika aku bertanya kepadanya,. ia menjawap, "aku adalah malaikat yang diutuskan Allah. Dia mengutusku untuk melindunggi mu selama kamu belajar." Bismillahirahmannirahim.. seperti yang dijanjikan sebelum ni,.ina akan berkongsi dengan semua mengenai salah satu kisah wali Allah yang sangat terkenal dengan sifat zuhud dan karamahnya.. subhanallah.. ina pada mulanya tidak mengenali dan  tidak pernah mendengar kisah mengenai wali Allah ini.. suatu hari tergerak hati ina untuk pergi ke perpustakaan wlaupun dan habis exam. ina memang berniat nak cari buku motivasi dan islamic

Kisah Wali Allah Yang Solat Di Atas Air

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu kisah yang menarik yang boleh di kongsi bersama tentang kisah seorang wali Allah yang solat di atas Air.. Semoga kisah ini dapat di jadikan teladan kepada kita semua.. Nak dijadikan cerita pada suatu ketika ada sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka. Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang t

MENGELETAR MELIHAT GAMBAR DALAM PAGAR MAKAN RASULULLAH SAW

13 BELAS PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA MUSLIMAH ~

1. Alis mata Menurut Bukhari, Rasulullah melaknat wanita yang mencukur atau menipiskan alis matanya atau meminta supaya dicukurkan alis mata– Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.  2. Tumit kaki yang mengenakan perhiasan Dan janganlah mereka ( wanita ) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.  3. Wangi-wangian Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal (kata orang sekarang hidung belang) – Petikan dari (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)     4. Dada Hendaklah mereka ( wanita ) melabuhkan kain tudung hingga menutup

KIAMAT!

  Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj.  Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam. 1-Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari. 2-Zina bermaharajalela. “Dan ting

HIJRAH! LAKUKAN PERUBAHAN DEMI ALLAH! DEMI MENCARI KEBERKATAN DAN KEREDHAAN KEKASIH KITA YANG HAKIKI...!!

Berubah, ia memerlukan tekad dan keazaman yang benar-benar menggugah jiwa. Tetap teguh walau sekuat mana pun badai yang melanda. Picture By Pengiran92 Of LangitIlahi Berubah, kenapa terlalu sukar? Kekadang itulah persoalan yang bermain-main difikiran dan minda kita. Ia bagaikan sesuatu yang menggugah dan mengganggu perasaan semua insan. Kenapa semua insan? Kerana, perubahan itu suatu fitrah. Semua manusia yang normal akan lalui, tempuhi dan alami sebarang perubahan dalam kehidupan mereka. Sama ada dengan kehendak diri sendiri atau mereka terpaksa melalui atas faktor-faktor tertentu. Saya selalu mengulangi kata-kata ini apabila ditanyakan tentang perubahan : “ Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kepada Allah SWT kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti ia akan BAHAGIA.” Ya. Amat terseksa jiwa jika terpaksa melalui perubahan kerana terpaksa. Namun, perasaan bahagia akan menyimbah seluruh relung rasa a

Kiamat dah dekat.... !

Ya Allah! Berita yang sungguh mengemparkan.. KAHERAH sudah 100 tahun TIDAK TURUN SALJI.. tiba2 sekarang ini kawasan kaherah di penuhi salji tebal.. ya Allah.. Adakah ina tanda2 KIAMAT SUDAH DEKAT? ea! Kita sememangnya sudah berada di ambang KIAMAT... sedarlah diri! Sedarlah hati!!! Bagun dah beribadatlah pada illahi!! Bukan msa skang berfikir tentang duniawi! Allah telah tunjukkan tanda2nya sebagai AMARANNYA! untuk kita persiapkan diri... bagunlah...... bagunlah... beribadatlah! Sementara pintu taubat masih terbuka! Jangan nanti.... apabila kita membuka lembaran Al Quran... dan.. Kita mendapati isinya kosong..... baru penyesalan timbul... kerna sesungguhnya... pintu taubat telah tertutup bagimu... Ya Allah.. sempat ka aku?! Terimalah taubat ku hambamu yang hina ini ya Allah! Aq mohon.... pandanglah aku dgn pandangan rahmat MU ya Rahman... Sedarlah saudara... bahawa azab Allah sangat pedih! Kita sering meninggalkan solat! Melewatkan solat! Mengata orang! Bakil dalam bersede

Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya. Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi. Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis) Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh." Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?" Ayah: "Silakan." Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?" Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini." Anak: "Itu je?" Ayah: "Juga kerana jasa mama mu." Anak: "Wah..nak tahu.." Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni." Anak: "Apa dia?" Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya." Anak: "Alhamdulillah. Kedua?" Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama." Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah.." Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa." Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak. Seketika, si anak tersedar dari mimpi. Linangan air mata hangat mengalir di pipi. Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi. Nasihat ayah bonda kekal di hati. cerita: Muhammad Rusydi

Islam agamaku ♥

JANGAN….. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki; takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan pakai sandal atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa. Jangan ego untuk memohon maaf pada ibu bapa dan sesama manusia a

KISAH HAMBA ALLAH YANG BERIBAH SELAMA 500 TAHUN

Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya:”Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang lebar,panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru. Dan di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit.Maka Allah s.w.t. pun menerima permintaanya. Berkatalah malaikat la

11/12/13

Asalamualaikum ;-) Bagun pagi ni mood sedikit tergangu dek kerana perasaan yg x menentu.. duduk di atas katil.. ana cuba muhasabah kembali.. dan mencari kembali ketenangan dengan mengingati illahi.. Alhamdulillah kini senyuman mula terukir kembali.. sayang.... ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI KITA MELEBIHI KEMAMPUAN DIRI KITA.. Justeru kita harus sedar bahawa setiap apa dugaan, cabaran yang mendatang, sebenarnya kita mampu menghadapinya.. berbekalkan sedikit kekuatan dan kesabaran.. langkah demi langkah akan membuatkan onar menjadi tasik kedamaian.. in sya Allah.. Jangan terlalu dikusutkan dengan masalah dunia.. sperti masalah cinta, harta, pelajaran, sahabat, politik dan sebagainya sehingga kita lupa bahawa akhirat adalah matlamat hidup kita.. ~sesungguhnya HIDUP kita adalah untuk HARI KEBANGKITAN (yakni mati) Jika di dunia ini kita sia2 kan segala kesempatan waktu, yang Allah beri dengan mengejar cinta dunia.. apa bekakan yang akan kita bawa ke sana? Waktu itu kita akan melihat wali

~ 9 Tanda Tanda Saat Kematian ~ 1. 100 hari, seluruh badan rasa bergegar. 2. 60 hari, pusat rasa bergerak-gerak. 3. 40 hari, daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dgn nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan kelihatan orang yang akan meninggal seperti sedang rungsing. 4. 7 hari, mengidam makan. 5. 5hari, anak lidah bergerak-gerak. 6. 3hari, bahagian tengah di dahi bergerak-gerak. 7. 2hari, seluruh dahi bergerak-gerak. 8. 1hari, terasa bahagian ubun-ubun bergerak-gerak pada waktu subuh dan asar. 9. Saat terakhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan) Sebarkan kepada semua umat islam, anda juga akan mendapat pahala kerana menyebar apa yang benar tentang islam. .ingatlaa kematian itu

Bacalah mesti seronok KIAMAT menurut Agama Islam di tandai dgn: - Kemunculan Imam Mahdi - Kemunculan Dajjal - Turunnya Nabi Isa (AS) - Kemunculan Yakjuj dan Makjuj - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur - Pintu pengampunan akan ditutup - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya - Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan - Pemusnahan/runtuhnya Kabah - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk bangkit kembali Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda: "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak" Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x. Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu" Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat. Kerugian meninggalkn solat: Subuh: Cahaya wajah akan pudar. Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang. Asar: Kesihatan mulai terganggu. Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti. Isya': Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan. Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat) Nasihat Kubur:  1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD 2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI. .. 3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca  AL-QUR'AN. 4). Aku adalah tempatnya binatang2  yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH, 5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,  bebaskan rendaman itu dgn PUASA.. 7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH" Kirim  ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org.. Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja. Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga. Saat kamu membacanya, ia gelisah. Saat kamu mmahaminya, ia kejang2. Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke. Trus n trus baca & amalkan agar stroke semuanya juga jantungnya dan mati. Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya. Syaitan berbisik; "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "... Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda .. Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali : 1. Waktu 2. Kata-kata 3. Kesempatan

:'( MIMPI SEORANG GADIS ============================= Untuk Renungan Bersama..... ============================= Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood ============================= Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. ============================= Lalu Rasulullah menegurnya. ============================= "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" ============================= Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya ============================= "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. ============================= "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." ============================= Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. ============================= "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." ============================= Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. ============================= "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? ============================= Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. ============================= Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. ============================= Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. ============================= Lalu aku bertanya kepada ayahku. ============================= "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama" ============================= Lalu dijawab oleh ayahnya ============================= . "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia" ============================= Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. ============================= Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." ============================= Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. ============================= Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. ============================= Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. ============================= Rasulullah lantas berkata, ============================= "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun..INSYAALLLAH." ============================= "WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA.....