Skip to main content

HIJRAH! LAKUKAN PERUBAHAN DEMI ALLAH! DEMI MENCARI KEBERKATAN DAN KEREDHAAN KEKASIH KITA YANG HAKIKI...!!


Berubah, ia memerlukan tekad dan keazaman yang benar-benar menggugah jiwa.
Tetap teguh walau sekuat mana pun badai yang melanda.
Picture By Pengiran92 Of LangitIlahi
Berubah, kenapa terlalu sukar? Kekadang itulah persoalan yang bermain-main difikiran dan minda kita. Ia bagaikan sesuatu yang menggugah dan mengganggu perasaan semua insan. Kenapa semua insan?
Kerana, perubahan itu suatu fitrah. Semua manusia yang normal akan lalui, tempuhi dan alami sebarang perubahan dalam kehidupan mereka. Sama ada dengan kehendak diri sendiri atau mereka terpaksa melalui atas faktor-faktor tertentu. Saya selalu mengulangi kata-kata ini apabila ditanyakan tentang perubahan :
“ Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kepada Allah SWT kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti ia akan BAHAGIA.”
Ya. Amat terseksa jiwa jika terpaksa melalui perubahan kerana terpaksa.
Namun, perasaan bahagia akan menyimbah seluruh relung rasa apabila melalui perubahan dengan kesedaran yang jelas dan nyata kerana Allah SWT. Itu sebenarnya, hakikat perubahan yang kita dambakan.
Sedikit perkongsian tentang langkah “mudah” untuk berubah bagi mereka-mereka yang benar-benar berhasrat, berhajat dan ingin “sesuatu” yang baru dalam fasa kehidupan mereka. Moga sinar harapan dan perubahan itu hadiri tanpa paksa!
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri.”

( Ar Ra’du 13 : 11)
Apa langkah-langkah itu? Ayuh kita semak sepintas lalu :

(1) Benar-benar mengenali diri
Ya. Kenal diri sendiri. Inilah titik asas kepada segala perubahan. Manusia yang gagal mengenali sedalam-dalamnya diri mereka, adalah manusia yang paling malang dan rugi sepanjang kehidupan mereka.
Kenal di sini, bermaksud tahu siapa dirinya? Benar-benar arif tujuan kehidupannya. Maka, berasas kepada inilah mereka akan sentiasa menilai akan kekuatan, kelemahan, kekurangan dan keaibaan diri untuk dirawati, dikikis dan dipertingkatkan.
Benarlah kata murabbi saya :
“ Kenali kelemahan, keaiban dan kekurangan diri kita.”
Siapakah diri aku? Who Am I? Man Ana?
Ia adalah persoalan-persoalan yang mampu dijawab dengan lantang, jelas dan nyata tanpa sedikit pun keraguan dan sebarang syak wasangka!

(2) Benar-benar ingin berubah tanpa paksa!
Berubah akan menjadi sangat berharga apabila ia kekal lama, istiqamah dan sentiasa memberikan suatu nilai kepada kita.
Perubahan hangat-hangat tahi ayam, atau suam-suam sejuk adalah perubahan yang sungguh mengaibkan. Ia suatu permainan yang melemahkan jiwa dan tiada unsur perjuangan yang sejati di dalamnya.
Selalunya, perubahan sebegini adalah perubahan yang bukan daripada hati dan jiwa. Malah, ianya terjadi kerana “terpaksa”, didorongi suasana yang ada dan terjadi tanpa sedar. Terikut-ikut dengan rakan sebaya, hanya berubah apabila ada “orang” yang suruh dan sebagainya adalah suatu daya perubahan yang tidak bersifat kekal.
Justeru, untuk berubah kita perlukan sesuatu yang kuat, utuh dan bertenaga. Itulah yang dinamakan kesedaran untuk berubah!

(3) Benar-benar punyai kesedaran yang bersih
Kesedaran adalah asas utama kepada perubahan. Kesedaran juga adalah suatu pemberian, hidayah dan nikmat daripada Allah SWT buat hamba-hamba-Nya yang terpilih.
Ia hadir daripada hati dan jiwa yang bersih lagi jernih. Ia terbentuk dengan tadahan doa, rintihan munajat dan semburan air mata keinsafan terhadap Allah SWT. Dalam bahasa arab, para ulama menyebutnya sebagai taubat nasuha. Ertinya kembali kepada Allah SWT dengan hakikat pengembalian yang sebenarnya. Kesedaran ini ada prasyaratnya, apakah ia?
(a)   Hentikan segala kemungkaran dan maksiat serta merta. On the spot!
(b)   Mesti menyesal bersungguh-sungguh!
(c)    Berazam penuh tekad untuk tidak kembali kepada perbuatan dosa.
Jika inilah bentuk kesedaran yang lahir daripada dalaman kita, yakinlah perubahan itu akan memacu kepada suatu kehidupan yang hidup, bergerak dan penuh makna!

(4) Benar-benar bersungguh-sungguh untuk berubah
Bersungguh-sungguh.
Dalam erti dan maknanya, tiada istilah main-main. Tiada perkataan cuba-cuba atau tangguh-tangguh. Apabila kita menyatakan ingin berubah. Ya. Aku berubah.
Tiada lagi, perkataan :
“ Aku akan berubah!.”
“Aku cuba untuk berubah.”
“ Aku nak berubah.”

Tidak. Katakan terus secara serta merta dengan tekad, azam dan semangat yang membara :
“ Aku berubah!.”
“ Berubah sekarang!.”

Ia bukannya sesuatu yang dibuat-buat, boleh diolok-olokan, dilakon-lakonkan atau ditiru-tiru. Jika hendak berubah, lakukan sekarang tanpa bertangguh!

(5) Benar-benar sanggup membayar harga sebuah perubahan
Sedar atau tidak, semua manusia – saya, anda dan mereka – hajatkan kepada perubahan tetapi tidak sanggup untuk membayar harganya. Harga bagi sebuah perubahan adalah pengorbanan, kesukaran dan kepayahan.
Kita sentiasa harapkan perubahan yang bersifat “instant” , segera dan mudah – sedangkan perubahan tidak semudah yang kita angan-angankan.
Murabbi saya juga selalu mengulangi kata-kata ini :
“ Katakan kepada orang yang mengharapkan sesuatu yang tinggi. Tanpa bersusah payah, kamu hanya mengharapkan sesuatu yang mustahil. Kenikmatan tidak mungkin diperolehi dengan kenikmatan pula. Setiap sesuatu yang bernilai tinggi pasti ada harganya. Kejayaan tidak akan diraih dengan kesenangan,mahupun kenikmatan. Ini kerana kedua-dua itu hanya akan datang selepas keperitan, kesusahan dan kesengsaran.”
Justeru, jika berbicara soal perubahan – kita juga perlu bersedia untuk berbicara dan sanggup melalui sebuah pengorbanan.
“Usah berbicara soal perubahan, jika takut menghadapi dunia pengorbanan!.”

Penutup : Ah, mudahnya menulis tentang perubahan!
Itulah yang sedang saya lalui, mudahkan menulis tentang perubahan? Apatah lagi membacanya. Duduk di atas kerusi, dan melayarinya melalui dunia maya.
Ya. Sememangnya mudah. Ia tidak akan terjadi dan terbumi kecuali suatu tindakan. Apakah ia?
Bergerak!
Nah, mulakan sekarang dan terus bergerak memacu perubahan. Dan, yang paling utamanya ia bermula dengan diri kita sendiri!
—–
Tidak pernah menyerah kalah + Terus-menerus beristiqamah = Itulah kunci untuk kuat dalam  berubah

Comments

  1. nice blog.... :) background amek mana???

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

:) maaf kan ku

kadang aku terlalu menyembunyikan segala rasa sehingga sukar untuk yang penting mentafsirkannya.. itu bukan kerna aku pilih untuk jadi sebegitu.. itu kerna aku terlalu bergantung pada tuhan ku.. aku terlau asyik dalam mengadukan segala hal ku terhadapNYA yang aku merasa begitu lega melepaskan segala sesak di dada.. sehingga tidak perlu aku rasa untuk curahkan rasa ini pada yang lain. BENAR.. jika engkau punya tuhan mu.. maka kau akan punya segalanya... kadang aku leka dengan segala rasa.. aku mohon maaf andai "tidak menghargai" rasa mu.. namun aku masih belum pasti destinasi yang akan ku tuju nanti.. terlalu banyak yang berlegar di minda. terlalu banyak yang perlu ku galas beban di dunia untuk meraih keredhaan akhirat.. hingga kadang aku letih dan perlu untuk bersendiri.. kadang aku pilih untuk berdiam.. bukan kerna aku tidak peduli.. tetapi kerna aku perlu masa untuk diriku, dan aku beri masa untuk kamu mengerti salah dan betulkan tanggapan mu.. kerna aku telah banyak

Tercemar berjuta kenangan hanya kerna satu kesalahan..

tercemar berjuta kenangan  hanya kerna satu kesalahan.. saudara,  jika kita sedar bahawa kebahagiaan dan kesakitan yang pernah atau sedang kau rasa itu adalah atas kehendak tuhan mu.. maka engkau tidak akan mudah menghukum seperti ini.. saudara.. jika kau faham dan yakin dengan takdir yang telah Allah catatkan.. masa yang kau ambil untuk memaafkan akan lebih singkat.. dendam yang kau bawa lama itu akan makin luntur... amarah yang kau gengam itu akan makin padam.. yakin lah... kau akan dan pasti akan perolehi ketenangan yang lebih damai.. malah kau akan lebih dikagumi oleh yang menyakiti mu.. kerna kekuatan yang kau mampu pikul adalah lebih besar.. jika Allah berkata bahawa  "Aku tidak menguji hamba ku diluar kemampuannya" maka apa lagi yang kau ragukan tentang kemampuan mu.. adakah janji Allah itu, masih belum cukup untuk membuatkan kau yakin? maka dengan siapa bisa kau sandarkan rasa keyakinan yang tinggi melebihi Rabb mu?

~2018~

selamat tahun baru dunia :) x sedar cepat betul dah masuk tahun baru kan, sibuk dengan semester akhir di UUM, buatkan kami semua hanya fokus untuk kejar due date hantarkan semua tugasan sahaja, and the best things is kami semua sambut tahun baru sambil mengadap semua report yang bertimbun,. but alhamdulillah we still enjoyed it :p 2017 dan berlalu macamtu ja kan? and  sedar pon apa ek yang aku buat tahun lepas? terlalu sibuk dnegan tugas pelajar,. tapi mungkin tu lah yang menjadi keutamaan and i hope i already did it well.. in sya Allah.. moga hati dan mak ba puas hati.. aamiin..  so untuk tahun baru ni, ehh hello 2018!! apa "aZaM" baru awak ezrina? haha x yah nak beria sangat la letak azam itu ini, last2 jadi angan2 ja.. so letak azam yang memang awak akan usaha untuk work for it,. better simple tapi jalan, daripada nampak hebat tapi x buat kan? so azam untuk tahun 2018!! - saya nak minum air 2 litter sehari,. err mmg nampak mcm apa punya azam la deii.. tapi