Skip to main content

CORONA


Asalamualaikum
salam dukacita, 
sesunguhnya kita semua satu dunia berhadapan dengan keadaan yang sangat membimbangkan seluruh masyarakat dunia.
tak sangka, yang kita semua akan rasa suasana macamni.
dulu selalu baca dalam buku sejarah, dengar kisah orang-orang dulu, atau dengar kegawatan yang dialami orang negara-negara lain. 
namun kalini, penangan Virus COVID-19 ni satu dunia sedang merasakan. subhanaAllah, besarnya kekuasaanMU..

moga Allah memberikan perlindungan kepada semua yang kita sayang.. 
seluruh umat di muka bumi ni..
ya Allah ampunkan lah segala dosa kami dan angkat la ujian berat mu ini ya Allah..

tapi kita kena percaya yang setiap apa yang Allah hantar pasti ada hikmahnya, walaupun sekecil-kecil perkara pon kita dapat lihat dan faham dengan lebih jelas. sejak di arahkan perintah kawalan pergerakkan ni, kita dapat belajar banyak benda. 
1. Kita boleh faham, macam mana bosannya duduk rumah dan betapa tepunya otak bila x keluar tengok dunia luar. dari sini kita kena sedar, ibubapa kita yang semakin berusia yang kita selalu biarkan mereka sepi sendiri dirumah, di kampung, tak bawa keluar jalan-jalan. mereka pon berhadapan dengan perasaan bosan, letih, lesu, sendu. jadi kalau ada peluang, selalu lah bawa mereka keluar beriadah, jalan-jalan, belanja makan, dan sebagainya.

2. Para suami mithali, selepas ini perlu lebih memahami perasaan isteri yang sedang berpantang, bayangkan lah 44 hari kena pantang, tak boleh keluar rumah. bayangkan Sedangkan kita terima arahan kerajaan kena duduk rumah 2 minggu saja pon dah bosan dan separuh sasau dah. ni ibu-ibu yang berpantang kena duduk rumah 44 hari, kena pantang makan lagi, kena minimumkan pergerakkan lagi, tahan sakit lagi, bertungku dan lain-lain. bayangkan betapa beremosinya ibu-ibu berpantang ketika dalam fasa berpantang mereka, maka jadilah individu  keliling yang lebih memahami, lebih penyayang, penyabar, dan jangan hanya pandai mengarah dan bercakap tanpa menjaga sensitiviti ibu-ibu yang tenagh beremosi dalam pantang. mereka perlukan sokongan anda :).

3. kita boleh lihat bahawa setiap kita yang bergelar manusia ini sangat memerlukan antara satu sama lain dalam kehidupan kita :).  sebagai contoh, ibubapa adakah anda mula sedar betapa bebannya guru-guru di sekolah, tadika, nak mendidik anak-anak anda untuk duduk tempat, duduk diam, untuk fokus, untuk tak berlari sana sini. selain itu,  betapa besarnya nilai kerjasama antara semua tenaga pekerja untuk kesejahteraan negara, polis, pegawai perubatan, pegawai kebersihan, dan lain-lain untuk memastikan kelangsungan hidup manusia dalam keadaan terkawal. kepentingan perniagaan nadi penting sebagai bekalan asas manusia. 

4. kita belajar untuk saling toleransi. barangan dipasaraya bukan untuk kita sorang, kita mula memikirkan kepentingan orang lain, kalau kita yang mampu membeli bagaimana yang miskin? 

5. Kita mula belajar bahawa sikap megambil kesempatan dalam kesempitan orang lain adalah sangat menyakitkan. cth, dlm keadaan gawat sekarang ni, penjual mula menjual mask, glove, bahan antibakteria dengan harga yang x masuk akal, tapi dalam keadaan terdesak orang ramai terpaksa membeli dan ianya sangat memeritkan. jadi? selepas ini dlm apa keadaan sekalipun jangan pernah ambek kesempatan pada yang lain. 

6. Kita boleh CERMIN diri kita. adakah kita seorang yang pentingkan diri, degil, ambil mudah, benarkah kita sayangkan keluarga? tengok dan nilai dari tindakan kita samada benar kita menjaga diri dari wabak ini, dengan berkurung dirumah, menjaga kebersihan diri, melindunggi diri dari jangkitan atau kita hanya mementingkan diri tanpa mengendahkan kesemua arahan dan rasa "alaaa x kena punya" balik rumah tanpa rasa bersalah, tanpa menukar pakaian, tanpa mandi dan mencuci diri dan peralatan terus peluk isteri, anak, ahli keluarga. If you really love and have a brain, PLEASE act like u have dude! 

7. sekarang kita sedar betapa menderitanya penduduk dan bangsa yang dijajah sehingga sekarang. warga palestine, umat2 Islam diserata dunia yang ditindas, ya Allah betapa seksanya yang mereka rasa nak dibandingkan dengan kita. seksaan kita berkurung dalam rumah, takut nak keluar dan beraktiviti, kematian angka yang ratusan sudah terasa sesak untuk kita telan dan terima. apatah lagi mereka yang diuji beratahun-tahun lamanya, beribu-ribu korban nyawa, tanpa bekalan makanan, perubatan, keperluan asasi yang tidak pernah cukup. sekarang kita diuji, dan sedikit sebanyak kita boleh faham penderitaan yang digambarkan.

8. Paling besar kita dapat lihat betapa BESARNYA KUASA ALLAH. Betapa Tinggi dan Maha Berkuasanya Allah. hanya dengan tiupan virus yang diizinkannya.. maka jadi apa yang terjadi sekarang. "kepada Engkau lah kami menyembah, dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan" (Surah Al-Fatihah, ayat 5). Belum Allah satukan lagi kekuatan angin, keganasan air, kegoncangan tanah, kehancuran bumi, sungguh kami hamba MU yang lemah dan pendosa ya Allah. ampunkan kami. sungguh Alam ini telah dekat dengan titik pengakhiran. Masih belum kita bersedia menghadapi kematian.. kelazatan dunia telah luntur sedekit demi sedikit meninggal kita. pahit dan jerih mula terasa terpikul sesak untuk dihirup. 

- 25 March 2020 -


Comments

Popular posts from this blog

Al-Bashiir....

ALLAHUAKHBAR... sayupnya rasa hati... ya Allah sungguh aku rasa jauh dari ketenangan.. aku ingin sibuk kan diri ku mencari cinta mu seperti dulu.. aku ingin kembali dalam dakapan erat mu.. aku ingin merasa hangat mengejar cinta mu... ya Allah tuntun kan aku kembali ke dalam cahaya MU.. tolong ya Allah... Tolong....... aku penat dengan dunia ini ya Allah... penat sangat.... sungguh tiada ketenangan di sini... semua nya sangat menekankan hati.... ya Allah ke mana patut kaki ini melangkah..... ke mana ya Allah? ke mana........ kenapa KAU biar kan aku begini ya Allah... aku sentiasa... SENTIASA perlukan MU ya Allah... ya RAHMAN.... YA RAHIM... kebesaran mu untuk kami semua hamba MU... sungguh aku mohon... toleh lah pada ku ya Allah..... gapai semula tangan ku..... bantu aku ya Allah.... gengam hati ku... kenapa aku di letakan dalam keadaan ini.... Allah... aku tak nak jauh dari MU... tiada makna hidup ini tanpa MU... Allah... aku sentiasa ada mu... aku yakin setiap jari yang menaip.....

😊

Bila berkata mengenai perasaan orang sering melihat aku kuat.. Mereka merasa aku jarang menangis dan mampu teguh segala pendirian.. Disebalik setiap keputusan.. Mereka tidak tahu rahsianya.. Berbulan aq menanggung segalanya.. Aku simpan dan luah hanya pada DIA.. Aku pendam dan pujuk hati mempersalahkan diri sebelum aku lihat salahnya dia.. Aku cuba sedayanya untuk terlihat bahagia.. Aku cuba.. sungguh aku cuba.. Aku terima bukan saja2.. ikhlas dari hati kerana DIA.. Keputusan yang aku ambil bukan akan buat aku tertawa.. sungguh aku mahu hanya ketenangan.. dan sungguh aku mahu adalah untuk merasa kau ada.. Sia-sia dekat namun hilang.. Mungkin persahabatan ini penawar segalanya.. Aku yakin dengan ketentuanNYA.  Akan tiba masa untuk Allah menjawab segalanya.. Aku serah segalanya kepada DIA.. Allah telah atur segala perjalanan dan perancangan NYA.. Disini Allah menguji keyakinan kita kepadaNYA.. Jangan kuatir doa aku untuk mu sentiasa ada.. Aku perlu kuat d...

selamat tingal :)

keberadaan seseorang membuat kan kita sangat leka dalam keselesaan apabila di hargai.. namun perginya ia akan membuatkan kita sedar akan nilai sebuah pertemuan..  terima kasih ya Rabb atas pengajaran yang sangat berharga ini.. terima kasih kepada setiap insan yang datang dan pergi dalam hidup ini.. terima kasih atas sebuah pengertian yang besar..  aku menghargainya walaupun sakitnya perit..  namun kini aku makin kuat .. kerna ianya mengajar aku sakit ini sangat sedikit berbanding sakitnya rasa apabila kita tahu kita penyebab seseorang sakit kerna kita.. maaf kan aku.. aku masih punya jalan hidup ku yang kadang perlu aku utamakan pilihan ku terdahulu.. namun doa akan aku dahulukan dalam setiap gerak ku.. agar Allah tentukan yang terbaik dalam setiap tindakan ku..  terima kasih untuk yang datang dan pergi.. terima kasih. dulu aku masih kunci langkah ku untuk memikir dan bersedih. namun kini aku telah nekad untuk angkat kaki ku dan terus berjalan ke hadapan...