Skip to main content

Islam agamaku ♥

JANGAN….. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki; takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan pakai sandal atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa. Jangan ego untuk memohon maaf pada ibu bapa dan sesama manusia andainya kita memang berdosa. Jangan mengumpat sesama rakan, rosak persahabatan, hilang kebahagiaan. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tidak sombong bila berjaya, andai gagal tidak kecewa. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki melimpah. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik menghilangkan kasih orang kepada kita. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Comments

Popular posts from this blog

WELCOME 2015 :)

Asalamualaikum wbt, :) Alhamdulillah dah 20 tahun Allah  pinjamkan nyawa dan jasad ni untuk menjadi khalifahnya dimuka bumi yang sementara ni,.. moga tahun baru yang menjelang menjadi titik perubahan ke arah menjadi seorang yang lebih baik dari segi zahir dan batin.. haa mcm nk sambut hari raya pulak hehe subhanaAllah bila dok temenung sorang2 terpikir balik apa yang dah jadi sepanjang usia 20 tahun ni ya Allah macam-macam sangat kenangan yang kadang buat ceq sengeh sorang2, nagis mcm dalam drama, and macam2 lagi la... apa pon ina nk ucapkan jutaan ribuan terima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT telah hadirkan semua warna-warni kenangan yang ada sepanjang 20 tahun ini. terima kasih juga untuk keluarga, sahabat, semua yang menjadi sebahagian dari hidup ni.. macam biasa setiap tahun baru je semua mula pegang pen and kertas kononnya nak tulis azam tahun baru... piraahhhhhh hahahaha yang lama pon x terlangsai lagi kankankan.. perubahan tu bukan berlaku dari tahun ke t...

AKU SEDANG MENCARI...

asalamualaikum ^_^ subhanallah.. hujan x  benti daripada semalam.. dalam senyuman seorang gadis polos ni.. hatinya hanya menjadi tatapan dan penilaian Allah... x dak makhluk lain yang mampu fahami... walaupun coretan ini mampu diilahamkan.. tetapi....... x semuanya mampu dizahirkan... sebenarnya.... AKU SEDANG MENCARI...  mencari sesuatu yang hakiki.... terlalu jauh terasa penrjalanan ini...  sedangkan masaku semakin dicuri... moga aku sentiasa dirahmati... dalam mencari keberkatan Illahi..  hati-hati yang tidak mengerti senang sekali mencaci... mengikut penilainya sendiri... kadang kala terasa dihati... namun api kebencian ku padam sendiri... bila diri kembali muhasabah pada Illahi...   mampukah aku kekal di dunia sementara ini,... sebagai muslim yang sejati.... sesungguhnya hati ini.. sentiasa meratapi.. memikirkan nasibku di akhirat nanti... Ya Rasullullah S.A.W sesungguhnya aku merinduiumu.... merindu zaman perjua...

aura qasidah :)

Asalamualiakum :) Lamanya rasanya x update blog   nyh.. btw alhamdulillah,. Baru ja abeh exam,. So now tiap ari nak update pon boleyh.. in sya ALLAH.. Nak mula pada mana ekk ikutkan bayaknyaaa nk ceritaaa! Ok! Now ina nak cerita tentang QASIDAH :) tau x? Qasidah nyh is alunan bait2 lagu yang memuji baginda Rasulullah SAW.. Ina mula2 x tau pun apa tu QASIDAH.. 1st yg ina mula jatuh hati dengan qasidah nyh waktu ina pergi ceramah agama anjuran ANUGERAH .. sebelum mula forum,. Pihak penganjur menjemput kumpulan qasidah untuk membuat persembahan.. subhanaAllah tenang sangat bila dengar,. And best sngat.. pada situ mula try hafal sikit2.. sebab tu semau dalam bahasa arab,. Then bila bukak tv pon banyak alunan qasidah nyh dimainkan,. :) Baru-baru nyh ina pergi masjid perda, waktu tu musim exam haha.. esok pon ada paper,. Tapi gagah jugak p,. Sebab ina yakin bila ina p sana lagi semangat nak belajar.. so ina bawak adik ina yg nak spm tu jugak,. And kawan ina,. Alia. Ka...