Skip to main content

Kisah syaitan menolong seorang pemuda ke masjid

       Kisah ini bermula apabila seorang pemuda          bangun pada awal pagi untuk solat Subuh di          masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan          berjalan menuju ke masjid. Di pertengahan          jalan menuju ke masjid, pemuda tersebut          jatuh dan pakaiannya kotor.          Dia bangkit, membersihkan bajunya dan          pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia          berganti baju, berwudhu dan berjalan          menuju ke masjid.          Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di          tempat yang sama. Dia sekali lagi bangkit,          membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.          Di rumah, dia sekali lagi berganti baju,          berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.          Di tengah jalan menuju ke masjid, dia          bertemu seorang lelaki yang memegang          lampu.          Dia menanyakan identiti lelaki tersebut dan          lelaki tersebut menjawab "Saya melihat anda          jatuh dua kali di perjalanan menuju ke masjid,          jadi saya bawakan lampu untuk menerangi          jalan anda."          Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih          dan mereka berdua berjalan menuju ke masjid.          Apabila mereka sampai di masjid, pemuda          tersebut bertanya kepada lelaki yang          membawa lampu untuk masuk dan solat          Subuh bersamanya. Lelaki itu menolak,          pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali          tetapi jawapannya sama.          Pemuda itu bertanya, kenapa menolak untuk          masuk dan solat Subuh bersama?          Lalu lelaki itu menjawab...          "Aku adalah IBLIS..."          Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki          itu.          Iblis kemudian menjelaskan, "Saya melihat          kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang          membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang          ke rumah, membersihkan badan dan kembali          ke masjid, Allah memaafkan SEMUA DOSAMU.          Saya membuatkan kamu jatuh kali kedua dan          itupun tidak membuatkan kamu berubah          fikiran, bahkan kamu tetap memutuskan          kembali untuk ke masjid.          Kerana hal itu, Allah memaafkan DOSA-DOSA          SELURUH ANGGOTA KELUARGAMU.          Saya bimbang jika saya membuat kamu jatuh          untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan          memaafkan dosa dosa seluruh penduduk          kampungmu jadi saya harus memastikan          bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat..."

Comments

Popular posts from this blog

WELCOME 2015 :)

Asalamualaikum wbt, :) Alhamdulillah dah 20 tahun Allah  pinjamkan nyawa dan jasad ni untuk menjadi khalifahnya dimuka bumi yang sementara ni,.. moga tahun baru yang menjelang menjadi titik perubahan ke arah menjadi seorang yang lebih baik dari segi zahir dan batin.. haa mcm nk sambut hari raya pulak hehe subhanaAllah bila dok temenung sorang2 terpikir balik apa yang dah jadi sepanjang usia 20 tahun ni ya Allah macam-macam sangat kenangan yang kadang buat ceq sengeh sorang2, nagis mcm dalam drama, and macam2 lagi la... apa pon ina nk ucapkan jutaan ribuan terima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT telah hadirkan semua warna-warni kenangan yang ada sepanjang 20 tahun ini. terima kasih juga untuk keluarga, sahabat, semua yang menjadi sebahagian dari hidup ni.. macam biasa setiap tahun baru je semua mula pegang pen and kertas kononnya nak tulis azam tahun baru... piraahhhhhh hahahaha yang lama pon x terlangsai lagi kankankan.. perubahan tu bukan berlaku dari tahun ke t...

😊

Bila berkata mengenai perasaan orang sering melihat aku kuat.. Mereka merasa aku jarang menangis dan mampu teguh segala pendirian.. Disebalik setiap keputusan.. Mereka tidak tahu rahsianya.. Berbulan aq menanggung segalanya.. Aku simpan dan luah hanya pada DIA.. Aku pendam dan pujuk hati mempersalahkan diri sebelum aku lihat salahnya dia.. Aku cuba sedayanya untuk terlihat bahagia.. Aku cuba.. sungguh aku cuba.. Aku terima bukan saja2.. ikhlas dari hati kerana DIA.. Keputusan yang aku ambil bukan akan buat aku tertawa.. sungguh aku mahu hanya ketenangan.. dan sungguh aku mahu adalah untuk merasa kau ada.. Sia-sia dekat namun hilang.. Mungkin persahabatan ini penawar segalanya.. Aku yakin dengan ketentuanNYA.  Akan tiba masa untuk Allah menjawab segalanya.. Aku serah segalanya kepada DIA.. Allah telah atur segala perjalanan dan perancangan NYA.. Disini Allah menguji keyakinan kita kepadaNYA.. Jangan kuatir doa aku untuk mu sentiasa ada.. Aku perlu kuat d...

aura qasidah :)

Asalamualiakum :) Lamanya rasanya x update blog   nyh.. btw alhamdulillah,. Baru ja abeh exam,. So now tiap ari nak update pon boleyh.. in sya ALLAH.. Nak mula pada mana ekk ikutkan bayaknyaaa nk ceritaaa! Ok! Now ina nak cerita tentang QASIDAH :) tau x? Qasidah nyh is alunan bait2 lagu yang memuji baginda Rasulullah SAW.. Ina mula2 x tau pun apa tu QASIDAH.. 1st yg ina mula jatuh hati dengan qasidah nyh waktu ina pergi ceramah agama anjuran ANUGERAH .. sebelum mula forum,. Pihak penganjur menjemput kumpulan qasidah untuk membuat persembahan.. subhanaAllah tenang sangat bila dengar,. And best sngat.. pada situ mula try hafal sikit2.. sebab tu semau dalam bahasa arab,. Then bila bukak tv pon banyak alunan qasidah nyh dimainkan,. :) Baru-baru nyh ina pergi masjid perda, waktu tu musim exam haha.. esok pon ada paper,. Tapi gagah jugak p,. Sebab ina yakin bila ina p sana lagi semangat nak belajar.. so ina bawak adik ina yg nak spm tu jugak,. And kawan ina,. Alia. Ka...