Skip to main content

KISAH HAMBA ALLAH YANG BERIBAH SELAMA 500 TAHUN

Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya:”Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang lebar,panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru. Dan di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit.Maka Allah s.w.t. pun menerima permintaanya. Berkatalah malaikat lagi:”Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t. lalu Allah s.w.t. menyuruh Malaikat:”masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku:” maka berkata orang itu:”Dengan disebabkan amalku?” Maka Allah s.w.t. menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan.Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni nikmat pengelihatan yang Allah s.w.t. berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira. Maka Allah s.w.t. berfirman:”Masukkan ia kedalam neraka”.Apabila ia ditarik ke neraka maka ia pun berkata:”Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmarmu.”Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat:”Bawakan ia ke mari”. Kemudian Allah s.w.t. bertanya orang itu:”Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada”Lalu orang itu menjawab:”Engkau ya Allah”.Kemudian Allah s.w.t. bertanya lagi:”Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?”.jawab orang itu:”Ya Allah, dengan rahmatmu.” Allah s.w.t. bertanya lagi:”Siaapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?”.Jawab orang itu:”Engkau ya Allah”. Allah s.w.t. bertanya lagi:”Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?” lalu orang itu berkata:”Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukanya.” Allah s.w.t. berfirman: ”Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatku.”Malaikat Jibrail berkata:”Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah s.w.t. Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan pada hambanya, oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah s.w.t. sebaliknya memohonlah dengan rahmatnya. Sebab hanya dengan rahmat Allah s.w.t. sajalah seseorang itu dapat memasuki syurganya. Apabila kita memohon kepada Allah s.w.t. supaya dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatnya maka mintalah supaya Allah s.w.t. memasukkan kita dengan rahmatnya ke dalam syurga FIRDAUS. Insya’Allah.

Comments

  1. air tawar yg kat tgah2 laut tu still da.... try carik... Subhanallah............

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Bashiir....

ALLAHUAKHBAR... sayupnya rasa hati... ya Allah sungguh aku rasa jauh dari ketenangan.. aku ingin sibuk kan diri ku mencari cinta mu seperti dulu.. aku ingin kembali dalam dakapan erat mu.. aku ingin merasa hangat mengejar cinta mu... ya Allah tuntun kan aku kembali ke dalam cahaya MU.. tolong ya Allah... Tolong....... aku penat dengan dunia ini ya Allah... penat sangat.... sungguh tiada ketenangan di sini... semua nya sangat menekankan hati.... ya Allah ke mana patut kaki ini melangkah..... ke mana ya Allah? ke mana........ kenapa KAU biar kan aku begini ya Allah... aku sentiasa... SENTIASA perlukan MU ya Allah... ya RAHMAN.... YA RAHIM... kebesaran mu untuk kami semua hamba MU... sungguh aku mohon... toleh lah pada ku ya Allah..... gapai semula tangan ku..... bantu aku ya Allah.... gengam hati ku... kenapa aku di letakan dalam keadaan ini.... Allah... aku tak nak jauh dari MU... tiada makna hidup ini tanpa MU... Allah... aku sentiasa ada mu... aku yakin setiap jari yang menaip.....

😊

Bila berkata mengenai perasaan orang sering melihat aku kuat.. Mereka merasa aku jarang menangis dan mampu teguh segala pendirian.. Disebalik setiap keputusan.. Mereka tidak tahu rahsianya.. Berbulan aq menanggung segalanya.. Aku simpan dan luah hanya pada DIA.. Aku pendam dan pujuk hati mempersalahkan diri sebelum aku lihat salahnya dia.. Aku cuba sedayanya untuk terlihat bahagia.. Aku cuba.. sungguh aku cuba.. Aku terima bukan saja2.. ikhlas dari hati kerana DIA.. Keputusan yang aku ambil bukan akan buat aku tertawa.. sungguh aku mahu hanya ketenangan.. dan sungguh aku mahu adalah untuk merasa kau ada.. Sia-sia dekat namun hilang.. Mungkin persahabatan ini penawar segalanya.. Aku yakin dengan ketentuanNYA.  Akan tiba masa untuk Allah menjawab segalanya.. Aku serah segalanya kepada DIA.. Allah telah atur segala perjalanan dan perancangan NYA.. Disini Allah menguji keyakinan kita kepadaNYA.. Jangan kuatir doa aku untuk mu sentiasa ada.. Aku perlu kuat d...

selamat tingal :)

keberadaan seseorang membuat kan kita sangat leka dalam keselesaan apabila di hargai.. namun perginya ia akan membuatkan kita sedar akan nilai sebuah pertemuan..  terima kasih ya Rabb atas pengajaran yang sangat berharga ini.. terima kasih kepada setiap insan yang datang dan pergi dalam hidup ini.. terima kasih atas sebuah pengertian yang besar..  aku menghargainya walaupun sakitnya perit..  namun kini aku makin kuat .. kerna ianya mengajar aku sakit ini sangat sedikit berbanding sakitnya rasa apabila kita tahu kita penyebab seseorang sakit kerna kita.. maaf kan aku.. aku masih punya jalan hidup ku yang kadang perlu aku utamakan pilihan ku terdahulu.. namun doa akan aku dahulukan dalam setiap gerak ku.. agar Allah tentukan yang terbaik dalam setiap tindakan ku..  terima kasih untuk yang datang dan pergi.. terima kasih. dulu aku masih kunci langkah ku untuk memikir dan bersedih. namun kini aku telah nekad untuk angkat kaki ku dan terus berjalan ke hadapan...