Skip to main content

Kisah Wali Allah Yang Solat Di Atas Air


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu kisah yang menarik yang boleh di kongsi bersama tentang kisah seorang wali Allah yang solat di atas Air.. Semoga kisah ini dapat di jadikan teladan kepada kita semua..

Nak dijadikan cerita pada suatu ketika ada sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.



Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!” Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!”

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, “Apa hal?” Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, “Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?”

Wali itu berkata, “Dekatkan dirimu kepada Allah.”

Para penumpang itu berkata, “Apa yang mesti kami buat?”

Wali Allah itu berkata, “Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat.”

Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, “Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat.”


Wali Allah itu berkata lagi, “Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah.”

Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.

Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, “Siapakah kamu wahai wali Allah?”

Wali Allah itu berkata, “Saya ialah Awais Al-Qarni.”

Peniaga itu berkata lagi, “Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir.”

Wali Allah berkata, “Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?”

Peniaga itu berkata, “Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah.”

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.

Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a’alam.

Comments

Popular posts from this blog

WELCOME 2015 :)

Asalamualaikum wbt, :) Alhamdulillah dah 20 tahun Allah  pinjamkan nyawa dan jasad ni untuk menjadi khalifahnya dimuka bumi yang sementara ni,.. moga tahun baru yang menjelang menjadi titik perubahan ke arah menjadi seorang yang lebih baik dari segi zahir dan batin.. haa mcm nk sambut hari raya pulak hehe subhanaAllah bila dok temenung sorang2 terpikir balik apa yang dah jadi sepanjang usia 20 tahun ni ya Allah macam-macam sangat kenangan yang kadang buat ceq sengeh sorang2, nagis mcm dalam drama, and macam2 lagi la... apa pon ina nk ucapkan jutaan ribuan terima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT telah hadirkan semua warna-warni kenangan yang ada sepanjang 20 tahun ini. terima kasih juga untuk keluarga, sahabat, semua yang menjadi sebahagian dari hidup ni.. macam biasa setiap tahun baru je semua mula pegang pen and kertas kononnya nak tulis azam tahun baru... piraahhhhhh hahahaha yang lama pon x terlangsai lagi kankankan.. perubahan tu bukan berlaku dari tahun ke t...

😊

Bila berkata mengenai perasaan orang sering melihat aku kuat.. Mereka merasa aku jarang menangis dan mampu teguh segala pendirian.. Disebalik setiap keputusan.. Mereka tidak tahu rahsianya.. Berbulan aq menanggung segalanya.. Aku simpan dan luah hanya pada DIA.. Aku pendam dan pujuk hati mempersalahkan diri sebelum aku lihat salahnya dia.. Aku cuba sedayanya untuk terlihat bahagia.. Aku cuba.. sungguh aku cuba.. Aku terima bukan saja2.. ikhlas dari hati kerana DIA.. Keputusan yang aku ambil bukan akan buat aku tertawa.. sungguh aku mahu hanya ketenangan.. dan sungguh aku mahu adalah untuk merasa kau ada.. Sia-sia dekat namun hilang.. Mungkin persahabatan ini penawar segalanya.. Aku yakin dengan ketentuanNYA.  Akan tiba masa untuk Allah menjawab segalanya.. Aku serah segalanya kepada DIA.. Allah telah atur segala perjalanan dan perancangan NYA.. Disini Allah menguji keyakinan kita kepadaNYA.. Jangan kuatir doa aku untuk mu sentiasa ada.. Aku perlu kuat d...

aura qasidah :)

Asalamualiakum :) Lamanya rasanya x update blog   nyh.. btw alhamdulillah,. Baru ja abeh exam,. So now tiap ari nak update pon boleyh.. in sya ALLAH.. Nak mula pada mana ekk ikutkan bayaknyaaa nk ceritaaa! Ok! Now ina nak cerita tentang QASIDAH :) tau x? Qasidah nyh is alunan bait2 lagu yang memuji baginda Rasulullah SAW.. Ina mula2 x tau pun apa tu QASIDAH.. 1st yg ina mula jatuh hati dengan qasidah nyh waktu ina pergi ceramah agama anjuran ANUGERAH .. sebelum mula forum,. Pihak penganjur menjemput kumpulan qasidah untuk membuat persembahan.. subhanaAllah tenang sangat bila dengar,. And best sngat.. pada situ mula try hafal sikit2.. sebab tu semau dalam bahasa arab,. Then bila bukak tv pon banyak alunan qasidah nyh dimainkan,. :) Baru-baru nyh ina pergi masjid perda, waktu tu musim exam haha.. esok pon ada paper,. Tapi gagah jugak p,. Sebab ina yakin bila ina p sana lagi semangat nak belajar.. so ina bawak adik ina yg nak spm tu jugak,. And kawan ina,. Alia. Ka...