Skip to main content

Islam and Hope :)

Dunia kadang menawarkan pelbagai jalan dan pilihan. Namun kita sendiri selalu mengangap bahawa kita salah memilih jalan hidup.pendapat peribadi ku, tiada istilah salah memilih dalam kehidupan. Semuanya adalah pengalaman dan pembelajaran. Contoh anda pernah terjebak dengan dadah, pelacuran, pergaulan bebas, mendedahkan aurat, minum arak dan banyak lagi perkara yang diangap bertentangan dengan agama dan norma.. Namun hakikatnya Allah meletakkan kita dalam sesuatu situasi dan pasti ada hikmah. Terjerumus dalam lembah yang hina dan lembah maksiat bukan satu kesalahan yang tidak boleh di perbaiki melaluinya namun tidak memperbaiki keadaan yang tidak baik ke arah yang baik itu baru merupakan satu kesalahan. Apabila manusia telah mula celik akalnya dalam menilai sesuatu baru lah pemilihan yang di lakukan itu lebih baik dan positif. Kadang ada sebab kenapa Allah pilih kita untuk terjerumus dalam pengalaman yang bagi org biasa berpandangan Teruk dan jijik. Namun mungkin itu salah satu jalan yang paling terbaik untuk menyedarkan kita dan mengajar kita tentang sesuatu perkara dengan lebih berkesan. Sebagai contoh. Sesetengah individu mungkin apabila di larang untuk tidak terjebak dengan golongan sosial, kaki kelab dan sebagainya mereka mudah ikut dan menjauh kan diri. Namun bagi sesetengah individu sifat ingin tahu yang tinggi membuatkan mereka sangat-sangat teruja untuk mencuba. Dan apabila Allah meletakkan mereka di dalam keadaan yang mereka ingin rasakan. Baru mereka sedar kenapa Allah benar2 melarang keras perbuatan mungkar tersebut. Contohnya org yang teringin untuk ke kelab apabila berdepan dgn keadaan di tempat tersebut baru mereka sedar betapa banyaknya maksiat.. Betapa biasa dosa di mata mereka disana. Dan mungkin daripada situ Allah angkat kita kembali sedar dan insaf. Malah kita dapat lihat betapa ramai pendakwah yang berjaya yang bagun daripada masa silam yang sangat tragis. Ada yang merupakan bekas banduan.. Ada yang merupakan model seksi.. Ada yang merupakan penyanyi dan penghibur dan banyak lagi. Malah dakwah mereka lebih berkesan dan sngt mendalam bgi yang mendengarnya kerana ianya berdasarkan peristiwa nyata yang telah mereka lalui sendiri. Dan lebih menarik bagi org yg pernah hidup dengan kelompok yg bermasalah ini lebih mengenali dan memahami punca kelompok bermasalah tersebut. dan mereka lebih tahu strategi untuk menyelesaikan nya. Indah Aturan Allah.. Kerna itu AGAMA ITU IALAH PENGHARAPAN. Di mana ada agama di hati kita bermakna masih ada harapan untuk kita sentiasa memperbaiki diri. Jika dikatakan manusia itu tiada harapan maka itu bukan pendekatan Agama. Ingat bahawa agama dan pengharapan umpama dua belah sayap yang akan membantu kita untuk terbang lebih tinggi..

Comments

Popular posts from this blog

WELCOME 2015 :)

Asalamualaikum wbt, :) Alhamdulillah dah 20 tahun Allah  pinjamkan nyawa dan jasad ni untuk menjadi khalifahnya dimuka bumi yang sementara ni,.. moga tahun baru yang menjelang menjadi titik perubahan ke arah menjadi seorang yang lebih baik dari segi zahir dan batin.. haa mcm nk sambut hari raya pulak hehe subhanaAllah bila dok temenung sorang2 terpikir balik apa yang dah jadi sepanjang usia 20 tahun ni ya Allah macam-macam sangat kenangan yang kadang buat ceq sengeh sorang2, nagis mcm dalam drama, and macam2 lagi la... apa pon ina nk ucapkan jutaan ribuan terima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT telah hadirkan semua warna-warni kenangan yang ada sepanjang 20 tahun ini. terima kasih juga untuk keluarga, sahabat, semua yang menjadi sebahagian dari hidup ni.. macam biasa setiap tahun baru je semua mula pegang pen and kertas kononnya nak tulis azam tahun baru... piraahhhhhh hahahaha yang lama pon x terlangsai lagi kankankan.. perubahan tu bukan berlaku dari tahun ke t...

😊

Bila berkata mengenai perasaan orang sering melihat aku kuat.. Mereka merasa aku jarang menangis dan mampu teguh segala pendirian.. Disebalik setiap keputusan.. Mereka tidak tahu rahsianya.. Berbulan aq menanggung segalanya.. Aku simpan dan luah hanya pada DIA.. Aku pendam dan pujuk hati mempersalahkan diri sebelum aku lihat salahnya dia.. Aku cuba sedayanya untuk terlihat bahagia.. Aku cuba.. sungguh aku cuba.. Aku terima bukan saja2.. ikhlas dari hati kerana DIA.. Keputusan yang aku ambil bukan akan buat aku tertawa.. sungguh aku mahu hanya ketenangan.. dan sungguh aku mahu adalah untuk merasa kau ada.. Sia-sia dekat namun hilang.. Mungkin persahabatan ini penawar segalanya.. Aku yakin dengan ketentuanNYA.  Akan tiba masa untuk Allah menjawab segalanya.. Aku serah segalanya kepada DIA.. Allah telah atur segala perjalanan dan perancangan NYA.. Disini Allah menguji keyakinan kita kepadaNYA.. Jangan kuatir doa aku untuk mu sentiasa ada.. Aku perlu kuat d...

aura qasidah :)

Asalamualiakum :) Lamanya rasanya x update blog   nyh.. btw alhamdulillah,. Baru ja abeh exam,. So now tiap ari nak update pon boleyh.. in sya ALLAH.. Nak mula pada mana ekk ikutkan bayaknyaaa nk ceritaaa! Ok! Now ina nak cerita tentang QASIDAH :) tau x? Qasidah nyh is alunan bait2 lagu yang memuji baginda Rasulullah SAW.. Ina mula2 x tau pun apa tu QASIDAH.. 1st yg ina mula jatuh hati dengan qasidah nyh waktu ina pergi ceramah agama anjuran ANUGERAH .. sebelum mula forum,. Pihak penganjur menjemput kumpulan qasidah untuk membuat persembahan.. subhanaAllah tenang sangat bila dengar,. And best sngat.. pada situ mula try hafal sikit2.. sebab tu semau dalam bahasa arab,. Then bila bukak tv pon banyak alunan qasidah nyh dimainkan,. :) Baru-baru nyh ina pergi masjid perda, waktu tu musim exam haha.. esok pon ada paper,. Tapi gagah jugak p,. Sebab ina yakin bila ina p sana lagi semangat nak belajar.. so ina bawak adik ina yg nak spm tu jugak,. And kawan ina,. Alia. Ka...