Skip to main content

MONTSARY

alhamdulillah harini genab sebulan aku berkahwin <3
dah sebulan kahwin baru nak menaip dalam blog. malas sungguh nak mengarang. ni sebab dah bosan sangat and alang-alang dah cukup sebulan marilah kita buat sesi romantik sikit dalam blog yang dah berusang ni.

first of all, aku memang tak sangka aku akan kahwin pada tarikh 27/3/2020. ikut perancangan asal akad nikah akan dijalankan pada 3/4/2020 dan sanding pada 4/4/2020. tapi disebabkan isu global COVID-19 ni buatkan semua perancangan jadi 360 darjah bertukar. malam 25/3/2020 "ex-tunang" call nak cakap nak percepatkan nikah sebelum bulan April sebab tok kadi cakap takut penang akan keluarkan arahan untuk tidak membenarkan sebarang acara pernikahan bermula 1 April. sejujurnya aku sangat lah x ok and emosi bila tiba-tiba nak diawalkan dengan keadaan akad nikah yang perlu bersyarat untuk dijalankan tidak melebihi skeian-sekian jumlah, nana (kakak sulung) and family dia x boleh balik sebab PKP, sahabt-sahabat lain tak dapat hadir, masjlis sanding tak tau bila akan boleh langsungkan, majlis akan hanya ada dua pilihan buat dirumah atau di pejabat tok kadi, ya Allah bayangkan lah perasaan macam mana waktu tu. Allah jla yang tahu. tapi dalam keadaan emosi macam tu pun aku selalu doa untuk Allah aturkan yang terbaik.
lepas saja "ex-tunang" call, aku memang asalnya x nak pun bagitau mak ba hal nak mempercepatkan nikah, bagi aku lantak la kalau 3/4 boleh akad, akad. kalau x boleh tunda jla sampai habis PKP nanti.
tapi sesungguhnya perancangan Allah yang mendahului segalanya. tiba-tiba ja aku tergerak hati balik untuk berbincang dengan kedua ibu bapa aku.

and pendek kan cerita semua bersetuju untuk percepatkan. bayangkan lusa terus nak kawen. tiba-tiba ja. tapi aku macam "hurmm entahla malas pikir jadi apa jadilah" dengan hati yang berat aku teruskan ja walaupun aku sedih/kecewa/berat hati and langsung tak happy and excited. memang gaya macam kena kahwin paksa rasa. sebab tu x ramai yang tau.. aku pun lupa nak update kat sapa-sapa. kawan-kawan pun banyak tekejut aku dah kahwin. bukan kata hampa tekejut aku pun tekejut haha

malam sebelum kahwin tu, adik aku tolong pakaikan inai celup beli dekat kawan RM5. and waktu meana pakaikan inai pon aku nagis beria tiba-tiba and dia pon nagis tengok aku nagis.tak dak malam berinai, x dak kumpul dengan kawan-kawan. hanya aku dan adik.

sampai lah kehari akad aku, pagi-pagi lagi aku kena p makeup dekat studio berdekatan rumah. mujur lah tarikh makeup dapat diawalkan. selesai makeup aq tekejut tengok muka sebab tebalnya ya Allah rasa macam nak padam sangat-sangat makeup, and segan nak jumpa orang lain sebab rasa macam overnya. elok habis makeup, aku terus naik rumah, rumah dah x dak sapa dah waktu tu, semua dah turun ke rumah sewa aku, block yang sama, tingkat ja lain. waktu tu aku dah meroyan sangat tak nak kahwin. alia kawan baik aku pun nagis tengok aku macamtu.

and aku cakap dekat alia and adik aku "aku harap sangat ni hanya gangguan syaitan, aku harap sangat lepas akad perasaan ni akan hilang, aku takut aku tak ok walaupun lepas sah"

aku yakin, bukan semua yang baca paham.. tapi ini apa yang aku rasa..
sebagai perempuan, dari kecik kita selalu berangan nak ada wedding dream kita, tapi bila dah besar yang kita inginkan ialah di saat yang bermakna dalam hidup kita, kita nak ada dengan semua ahli keluarga, dengan sahabat-sahabat kita, untuk raikan moment tu,... tapi bila nikmat tu kita tak dapat.. sedih sangat rasa,.. sebak sangat...
tambah sebak bila tengok mak ba pun sedih bila depa harap nak bagi yang terbaik waktu perkahwinan anak dia.. tapi semua jadi serba sederhana. :')


dipendekkan cerita majlis akad semua berjalan lancar, dengan sekali lafaz, alhamdulillah aku sah bergelar isteri dia..
lepas akad jujur aku cakap aku rasa masih sama. xdak perasaan lain yang timbul. aku mula bimbang sampai sudah ka aku akan x happy macam ni.
tapi lepas selesai semua and tinggal dengan dia.. alhamdulillah syukur sangat perasaan berat yang sebelum ni terbeban hilang. Allah hadirkan rasa yang lain sayang, cinta, kasih pada suami. dan aku yakin dorongan yang besar buatkan perasaan ni berubah ialah dari layanan suami, kesungguhan dia lengkapkan keperluan rumah, habiskan banyak duit untuk barangan rumah, barang dapur, sedaya mungkin untuk pastikan aku selesa, and setiap hari bantu aku untuk buat kerja rumah, bantu aku masak, kemas rumah, jaga waktu sakit, semua tu buatkan aku sedar yang hikmah Allah lebih besar.


dari sini aku mula melihat hikmah yang Allah susunkan, kewajipan yang asas adalah keutamaan dalam setiap ibadah termasuklah perkahwinan. Allah hadiahkan waktu perkahwinan kami ini dimusim PKP untuk kami lebih mengenali, banyak masa sekali, dapat puasa sekali, solat berjemaah, banyak masa untuk ke rumah mak dan mak mertua. tak terbeban dengan kerja. and sebenarnya nak kahwin ni kalau ikutkan sangat simple and jimat kalau yang basic yang kita utamakan. in sya Allah ada rezeki lepas PKP ni kalau boleh mmg nak buat kenduri sebagai tanda kesyukuran dan berkumpul balik dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabat.
hari kami jalankan akad nikah, hari yang sama kami dimaklumkan bahawa memang confirm mufti penang telah keluarkan arahan larangan untuk akad nikah bermula 1 April 2020. gamaknya kalau x jadi kahwin 27hb tu mungkin selamanya x berjodoh la kotkan. memang pasti jodoh, ajal, maut, rezeki semua Allah dah tetapkan. walaupun kita rancang macam mana pun.. kad dah edar, banner dah siap, dewan, catering, baju, semua dah tempah.. tapi "kun fayakun" Allah kata jadi maka jadilah ia..

aku yakin ya Allah perancangan Mu yang terbaik..
terima kasih kerana KAU hadiahkan ketenangan dan kasih sayang ini..
moga cinta yang kami bina sampai ke syurga mu...

untuk suami ku,.
i know that i'am not good in words..
i really love you with all my heart..
thanks for always be with me..
with every storm and rainbow that we being go through together
you are the best partner that Allah choose for me,
thanks for all your sacrifice and patient my dear husband..


aku akan sentiasa ada.. in sya Allah dalam setiap doa untuk mu..
doa aku telah berubah dalam setiap solat.. sentiasa aku hadiahkan terdahulu buatmu..
aku mohon agar Allah memelihara mu sewaktu keluar mencari rezeki,
aku sentiasa mendoakan agar kau selamat pergi dan balik..
aku sentiasa doa agar Allah bukakan rezeki yang luas untuk mu suami ku.. agar tidak terbeban dalam menafkahi ku dan tanggungan mu..
agar Allah berikan kau khudrat yang baik untuk kau terus berkerja dan beribadat semampu mu..
aku sentiasa doa agar kasih sayang dan perkahwinan ini kekal hingga kita bertemu lagi di syurga Allah..
maafkan atas segala kekurangan ku.. yang akan kau jalani disetiap hela nyawa yang masih tersisa sepanjang Allah pinjamkan aku untuk mu..
moga aku menjadi isteri penyejuk mata buatmu...
dan moga engkau menjadi suami penyejuk hati untuk ku...


sungguh aku bersyukur dengan kurniaan Allah yang besar ini, perkahwinan ini merupakan pelengkap sebahagian iman ku.. suami ku, kau merupakan pemegang kunci syurga ku..
aku harap kau sentiasa redha dengan ku.. agar tidak terhalang redha Allah untuk ku..

27/4/2020 ~








Comments

Popular posts from this blog

KISAH HAMBA ALLAH YANG BERIBAH SELAMA 500 TAHUN

Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya:”Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang lebar,panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru. Dan di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit.Maka Allah s.w.t. pun menerima permintaanya. Berkatalah malaik...

WELCOME 2015 :)

Asalamualaikum wbt, :) Alhamdulillah dah 20 tahun Allah  pinjamkan nyawa dan jasad ni untuk menjadi khalifahnya dimuka bumi yang sementara ni,.. moga tahun baru yang menjelang menjadi titik perubahan ke arah menjadi seorang yang lebih baik dari segi zahir dan batin.. haa mcm nk sambut hari raya pulak hehe subhanaAllah bila dok temenung sorang2 terpikir balik apa yang dah jadi sepanjang usia 20 tahun ni ya Allah macam-macam sangat kenangan yang kadang buat ceq sengeh sorang2, nagis mcm dalam drama, and macam2 lagi la... apa pon ina nk ucapkan jutaan ribuan terima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT telah hadirkan semua warna-warni kenangan yang ada sepanjang 20 tahun ini. terima kasih juga untuk keluarga, sahabat, semua yang menjadi sebahagian dari hidup ni.. macam biasa setiap tahun baru je semua mula pegang pen and kertas kononnya nak tulis azam tahun baru... piraahhhhhh hahahaha yang lama pon x terlangsai lagi kankankan.. perubahan tu bukan berlaku dari tahun ke t...

AKU SEDANG MENCARI...

asalamualaikum ^_^ subhanallah.. hujan x  benti daripada semalam.. dalam senyuman seorang gadis polos ni.. hatinya hanya menjadi tatapan dan penilaian Allah... x dak makhluk lain yang mampu fahami... walaupun coretan ini mampu diilahamkan.. tetapi....... x semuanya mampu dizahirkan... sebenarnya.... AKU SEDANG MENCARI...  mencari sesuatu yang hakiki.... terlalu jauh terasa penrjalanan ini...  sedangkan masaku semakin dicuri... moga aku sentiasa dirahmati... dalam mencari keberkatan Illahi..  hati-hati yang tidak mengerti senang sekali mencaci... mengikut penilainya sendiri... kadang kala terasa dihati... namun api kebencian ku padam sendiri... bila diri kembali muhasabah pada Illahi...   mampukah aku kekal di dunia sementara ini,... sebagai muslim yang sejati.... sesungguhnya hati ini.. sentiasa meratapi.. memikirkan nasibku di akhirat nanti... Ya Rasullullah S.A.W sesungguhnya aku merinduiumu.... merindu zaman perjua...