Skip to main content

Gerbang Baru :)


alhamdulillah.. lama rasanya tak mengarang..
bila duduk saja-saja ni.. macam-macam pula dalam kepala ni rasa nak luahkan..
tapi macam biasa.. selalunya hati dan minda x bagi kerjasama kepada jari yang menaip..
but its okay.. kita try yang terbaik..

alhamdullillah 1/6/2018 aku dah berjaya menamatkan zaman degree aku.. 
satu anggan aku dari kecik adalah untuk memasuki alam universiti.. 
selalu balik dari sekolah bila nampak kakak-kakak dan abang-abang poli lalu lalang depan sek, aku selalu bisik dalam diri, ya Allah, mampukah aku belajar tinggi macam mereka...
bila tiba saat result SPM keluar, aku sekali lagi bertanya pada diri.. bila melihat rakan-rakan yang lain mula menjejaki kaki di alam universiti, matrikulasi.. 
namun pilihan yang aku ada adalah STPM.

disini aku bulatkan tekad, aku ingin berjaya, aku ingin masuk ke alam universiti.. walaupun terpaksa berpakaian sekolah lagi, berhimpun diperhimpunan, makan di kantin, dengar loceng sek, ikut peraturan dan sebagainya.. aku gagahkan dan aku tidak merasakan itu sebagai satu bebanan.. 
sewaktu aku masih menjadi pelajar STPM, kerap aku ziarah kakak aku di UUM kerana dia menuntut disana. 
setiap kali aku masuk dan keluar dari pintu gerbang universiti itu, dalam hati aku sentiasa berdoa, ya "ya Allah buka kan lah rezeki ku untuk menjadi pelajar universiti, dan pilihlah yang terbaik untuk ku ya Allah di atas pengetahuan MU,. sungguh aku akan berusaha"

Alhamdulillah sejak semester satu STPM, aku dapat menjadi top 10 student di SMK Bukit Mertajam, waktu tu ramai cikgu-cikgu melayu datang dan berterima kasih kerana naik kan nama pelajar melayu, kerana dalam 10 orang tu, aku sorang ja melayu.. tapi aku pelik, kenapa cikgu berterima kasih pada aku, sedangkan aku lah yang selayaknya berterima kasih pada mereka. 
 aku belajar sungguh-sungguh dan waktu tu juga aku tekad untuk mengajar rakan-rakan kelas aku.. sebab aku kesian tengok depa yang seakan-akan terkapai2 dalam pelajaran. 

aku selalu ulang kaji di rumah waktu malam, buat nota ringkas, dan esoknya aku akan datang sekolah dan ajar didepan bila cikgu x dak.. kadang kawan-kawan akan datang kat meja aku untuk tanya itu ini.. dan sehabis mampu aku usaha untuk bantu.. 

alhamdullillah.. Allah dengar doa aku... aku dapat tawaran sambung belajar di pintu gerbang universiti yang sering aku doa.. 

disini, aku betulkan niat aku... " YA Allah, pinjamkan aku ilmu Mu, dan bantu aku untuk manfaatkan dalam hidupku dan Orang lain... "

Allah mudahkan urusan degree aku dengan begitu banyak ketenangan, kebahgiaan, suka duka, aku belajar dari macam-macam pelusuk pengalaman.. 

kepuasan yang aku perolehi bukan lah dari keputusan peperiksaan semata-mata, namun apabila sekarang aku sudah keluar dari sana, masih ramai adik-adik , bekas klien, pensyarah, yang masih berhubung dan meminta pandangan dan bantuan.. aku sangat hargai itu.. Allah buka peluang untuk aku bantu orang.. dan itu rezeki untuk aku peroleh pahalaNYA.. moga lebih banyak peluang untuk itu..

kini, aku ditawarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat "master" di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pendidikan Psikologi.

impian aku adalah untuk menambahkan ilmu dalam diri untuk aku sebarkan lagi dan lagi.. 
namun dalam masa yang sama, aku bermain dengan keinginan untuk bekerja dan meringankan beban mak ba,. aku ingin melihat mereka lebih selesa.. 
sekali lagi aku istikarah,. 
bertanya kepada Allah.. bertanya kepada ibu bapa ku... 
dan jawapan menyambung pengajian ini membuatkan aku tenang.. dan direstui kedua ibubapa aku..

in sya Allah, dengan izin pemegang segala ILMU di dunia ini aku akan sekali lagi melangkah ke gerbang universiti kedua ku :) pada September 2018.. 
doakan semuanya berjalan lancar.. 

ya Allah... aku dulunya kanak-kanak kecil yang bergalas beg sekolah, melihat kakak/abang lain memasuki universiti dan berangan untuk kesana.. kini Engkau telah makbulkan segalanya.. ya Allah... nikmat Mu yang manakah yang layak untuk aku dustakan...
jadikan aku hambaMU yang sentiasa akan bersyukur dan tunduk kebumi ya Allah... 

Terima kasih Ya Allah :) <3





Comments

Popular posts from this blog

Al-Bashiir....

ALLAHUAKHBAR... sayupnya rasa hati... ya Allah sungguh aku rasa jauh dari ketenangan.. aku ingin sibuk kan diri ku mencari cinta mu seperti dulu.. aku ingin kembali dalam dakapan erat mu.. aku ingin merasa hangat mengejar cinta mu... ya Allah tuntun kan aku kembali ke dalam cahaya MU.. tolong ya Allah... Tolong....... aku penat dengan dunia ini ya Allah... penat sangat.... sungguh tiada ketenangan di sini... semua nya sangat menekankan hati.... ya Allah ke mana patut kaki ini melangkah..... ke mana ya Allah? ke mana........ kenapa KAU biar kan aku begini ya Allah... aku sentiasa... SENTIASA perlukan MU ya Allah... ya RAHMAN.... YA RAHIM... kebesaran mu untuk kami semua hamba MU... sungguh aku mohon... toleh lah pada ku ya Allah..... gapai semula tangan ku..... bantu aku ya Allah.... gengam hati ku... kenapa aku di letakan dalam keadaan ini.... Allah... aku tak nak jauh dari MU... tiada makna hidup ini tanpa MU... Allah... aku sentiasa ada mu... aku yakin setiap jari yang menaip.....

😊

Bila berkata mengenai perasaan orang sering melihat aku kuat.. Mereka merasa aku jarang menangis dan mampu teguh segala pendirian.. Disebalik setiap keputusan.. Mereka tidak tahu rahsianya.. Berbulan aq menanggung segalanya.. Aku simpan dan luah hanya pada DIA.. Aku pendam dan pujuk hati mempersalahkan diri sebelum aku lihat salahnya dia.. Aku cuba sedayanya untuk terlihat bahagia.. Aku cuba.. sungguh aku cuba.. Aku terima bukan saja2.. ikhlas dari hati kerana DIA.. Keputusan yang aku ambil bukan akan buat aku tertawa.. sungguh aku mahu hanya ketenangan.. dan sungguh aku mahu adalah untuk merasa kau ada.. Sia-sia dekat namun hilang.. Mungkin persahabatan ini penawar segalanya.. Aku yakin dengan ketentuanNYA.  Akan tiba masa untuk Allah menjawab segalanya.. Aku serah segalanya kepada DIA.. Allah telah atur segala perjalanan dan perancangan NYA.. Disini Allah menguji keyakinan kita kepadaNYA.. Jangan kuatir doa aku untuk mu sentiasa ada.. Aku perlu kuat d...

selamat tingal :)

keberadaan seseorang membuat kan kita sangat leka dalam keselesaan apabila di hargai.. namun perginya ia akan membuatkan kita sedar akan nilai sebuah pertemuan..  terima kasih ya Rabb atas pengajaran yang sangat berharga ini.. terima kasih kepada setiap insan yang datang dan pergi dalam hidup ini.. terima kasih atas sebuah pengertian yang besar..  aku menghargainya walaupun sakitnya perit..  namun kini aku makin kuat .. kerna ianya mengajar aku sakit ini sangat sedikit berbanding sakitnya rasa apabila kita tahu kita penyebab seseorang sakit kerna kita.. maaf kan aku.. aku masih punya jalan hidup ku yang kadang perlu aku utamakan pilihan ku terdahulu.. namun doa akan aku dahulukan dalam setiap gerak ku.. agar Allah tentukan yang terbaik dalam setiap tindakan ku..  terima kasih untuk yang datang dan pergi.. terima kasih. dulu aku masih kunci langkah ku untuk memikir dan bersedih. namun kini aku telah nekad untuk angkat kaki ku dan terus berjalan ke hadapan...