Skip to main content

~DIA


entah la mana nak mula, rasanya x salah kot untuk menulis tentang seseorang yang sangat besar maknanya dalam hidup sendiri.
 tapi jujur berkali-kali aku fikir untuk mengarang itu dan ini... kerana tiada ayat dan punca untuk aku mulakan nukilan ini..

mengenali dia sejak dari zaman sekolah..
sejujurnya pada mulanya aku rimas dengan dia, usaha dia untuk mendekati diri aku,
namun dalam diam, aku sangat kagum dengan EFFORT yang tak pernah kurang dari diri dia.

keikhlasan dia, dapat aku lihat dari usaha yang dia lakukan.. 
samaada aku suka atau tak, usaha yang dia lakukan tapi bila aku muhasabah, aku dapat lihat kesungguhan nya..

walau dia tahu, dia punya saingan, walau dia sentiasa bandingkan dirinya dengan yang lain, 
walau dia rasa kecil dibandingkan dengan yang lain, 
dalam diam, aku melihat usaha nya.. dalam diam aku perhati dan menilai setiap usahanya.. dan penilaian itu mengambil masa hampir 7 tahun.. 

sejauh mana pun aku cuba menafikan perasaan aku ini.. 
x campur dengan berapa kali aku reject dia.. 
tapi dia sentiasa ada bila aku perlu..
sentiasa ada untuk mendengar dan membantu..
subhanaAllah..
kebaikan dia aku nilai bukan dari layanan dia terhadap aku.. 
malah layanan dia terhadap setiap kenalan dia buatkan aku mengagumi dirinya dalam diam..

sifat jujur dan lurus dia buatkan kadang rasa nak marah, namun makin lama makin aku hargai segalanya..

nilai agama yang ada dalam dirinya, usaha menjaga solat dan jemaahnya, buatkan aku tahu bahawa nilai itu berharga untuk zaman ini.. 
tidak ramai anak muda yang sanggup berjemaah di masjid.. dan aku sentiasa kagum dengan istiqamahnya dia.. 

mesranya dia dalam mendekati keluargaku, terutamanya ibubapa aku.. membuatkan aku hargai perhubungan ini..
kerna sudah menjadi lumrah seorang anak dalam mengutamakan restu orang tua.. 
bila kedua orang tua aku menyukainya.. 
sejuk hati untuk aku mula menerimanya..

hanya Allah yang tahu betapa aku keliru dalam urusan memilih jodoh yang sampai sekarang aku belum tahu kesudahannya..
namun istikarah aku Allah jawap dengan memberikan aku dan dia keyakinan yang luar biasa,.

tidak aku pasti kesudahan hubungan ini dijinjang pelamin atau sebaliknya..
namun coretan ini aku nukilkan ..
untuk aku khabarkan pada mu..

betapa aku hargai setiap usaha mu..
walau  tak mampu aku luahkan ucapan terima kasih atas segala usaha dan keringat yang engkau sentiasa letak dalam hubungan ini.. 
cukuplah engkau faham bahawa aku melihat, aku menilai, aku mensyukuri segalanya..

dia sentiasa cuba bahagiakan aku dengan mengutamakan keinginan aku,
menjadi pendengar di setiap celoteh ku,
sabar dengan 'mood swing' aku yang tak menentu,
korbankan ego dan amarahnya,
memilih untuk senyum saat dia kecewa,
memujuk saat dia yang selayaknya merajuk,
menghargai setiap usaha ku,
pembakar semangat,
dan dia insan yang sentiasa berbangga dengan pencapaian ku,. 
meraikan setiap kejayaan ku,
membantu aku saat aku perlu,.
subhanaAllah.. 

moga Allah sentiasa balas setiap usaha mu itu.. 


jika benar izin Allah bersama kita.. 
aku tahu kita masing-masing akan bahagia dengan rezekinya..
namun, ketahuilah, jika ada takdir lain yang Allah aturkan..
percayalah cintanNya lebih agung untuk kita lihat hikmahNYA..

sebesar mana cinta yang wujud dalam hati ini.. tak akan pernah mampu lawan cahaya cinta ilahi kepada kita..

Dia lah landasan utama dan pertama.. 

namun hadir mu telah berjaya memecah ego ku,. 
yang dulu sentiasa meragui cinta dari seorang lelaki,.
teruskan istikarah dan doa..
moga Allah tentukan yang terbaik..









Comments

Popular posts from this blog

WELCOME 2015 :)

Asalamualaikum wbt, :) Alhamdulillah dah 20 tahun Allah  pinjamkan nyawa dan jasad ni untuk menjadi khalifahnya dimuka bumi yang sementara ni,.. moga tahun baru yang menjelang menjadi titik perubahan ke arah menjadi seorang yang lebih baik dari segi zahir dan batin.. haa mcm nk sambut hari raya pulak hehe subhanaAllah bila dok temenung sorang2 terpikir balik apa yang dah jadi sepanjang usia 20 tahun ni ya Allah macam-macam sangat kenangan yang kadang buat ceq sengeh sorang2, nagis mcm dalam drama, and macam2 lagi la... apa pon ina nk ucapkan jutaan ribuan terima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT telah hadirkan semua warna-warni kenangan yang ada sepanjang 20 tahun ini. terima kasih juga untuk keluarga, sahabat, semua yang menjadi sebahagian dari hidup ni.. macam biasa setiap tahun baru je semua mula pegang pen and kertas kononnya nak tulis azam tahun baru... piraahhhhhh hahahaha yang lama pon x terlangsai lagi kankankan.. perubahan tu bukan berlaku dari tahun ke t...

😊

Bila berkata mengenai perasaan orang sering melihat aku kuat.. Mereka merasa aku jarang menangis dan mampu teguh segala pendirian.. Disebalik setiap keputusan.. Mereka tidak tahu rahsianya.. Berbulan aq menanggung segalanya.. Aku simpan dan luah hanya pada DIA.. Aku pendam dan pujuk hati mempersalahkan diri sebelum aku lihat salahnya dia.. Aku cuba sedayanya untuk terlihat bahagia.. Aku cuba.. sungguh aku cuba.. Aku terima bukan saja2.. ikhlas dari hati kerana DIA.. Keputusan yang aku ambil bukan akan buat aku tertawa.. sungguh aku mahu hanya ketenangan.. dan sungguh aku mahu adalah untuk merasa kau ada.. Sia-sia dekat namun hilang.. Mungkin persahabatan ini penawar segalanya.. Aku yakin dengan ketentuanNYA.  Akan tiba masa untuk Allah menjawab segalanya.. Aku serah segalanya kepada DIA.. Allah telah atur segala perjalanan dan perancangan NYA.. Disini Allah menguji keyakinan kita kepadaNYA.. Jangan kuatir doa aku untuk mu sentiasa ada.. Aku perlu kuat d...

aura qasidah :)

Asalamualiakum :) Lamanya rasanya x update blog   nyh.. btw alhamdulillah,. Baru ja abeh exam,. So now tiap ari nak update pon boleyh.. in sya ALLAH.. Nak mula pada mana ekk ikutkan bayaknyaaa nk ceritaaa! Ok! Now ina nak cerita tentang QASIDAH :) tau x? Qasidah nyh is alunan bait2 lagu yang memuji baginda Rasulullah SAW.. Ina mula2 x tau pun apa tu QASIDAH.. 1st yg ina mula jatuh hati dengan qasidah nyh waktu ina pergi ceramah agama anjuran ANUGERAH .. sebelum mula forum,. Pihak penganjur menjemput kumpulan qasidah untuk membuat persembahan.. subhanaAllah tenang sangat bila dengar,. And best sngat.. pada situ mula try hafal sikit2.. sebab tu semau dalam bahasa arab,. Then bila bukak tv pon banyak alunan qasidah nyh dimainkan,. :) Baru-baru nyh ina pergi masjid perda, waktu tu musim exam haha.. esok pon ada paper,. Tapi gagah jugak p,. Sebab ina yakin bila ina p sana lagi semangat nak belajar.. so ina bawak adik ina yg nak spm tu jugak,. And kawan ina,. Alia. Ka...