ROH Nabi Adam as dicipta dari tanah dan merupakan makhluk ciptaan terbaik berbanding makhluk lain Bagaimanapun Adam, walaupun sempurna anggota jasadnya tapi tidak membawa apa-apa makna tanpa roh Tapi.. Setelah Allah lengkapkan dgn Roh ke dalam jasad itu, barulah para malaikat di langit terus tersungkur sujud kepada Adam, sebagai tanda hormat. Di situlah terletaknya kemuliaan manusia. Yaitu "ROH" nya Kalau kita pandang manusia, jangan kita pandang sepertimana iblis memandang manusia. Apa iblis kata kpd manusia ? "Err ... tanah. Jijik. Hina." Tapi, pandanglah kita bilamana dimasukkan ROH yang semua malaikat di langit tunduk, hormat pada kita manusia. Jadi hebat manusia adalah pada aspek ROH dalam jasadnya. Di situlah tempat nilai diri manusia yang sebenarnya. Walaupun manusia terdiri dari 3 unsur iaitu Roh, akal dan jasad. Tapi ketiga-tiga unsur itu tidak sama kekuatannya. Tetapi Allah lebihkan pada unsur ROH. Kekuatan roh inilah yang perlu kita bangunkan dan pelihara kesuciannya. Tapi, bila mana melihat keliling kita hari ini. Suasana seolah-seolah mendidik kita, bahawa elemen Roh sudah tak penting. Semua orang fokus pada jasad dan akal saja. Buktinya kita pun boleh lihat sendiri iklan-iklan di mass media. Masing-masing nak luruskan rambut, cerahkan muka, bau badan wangi, pakain 'branded', style, fesyen itu ini. Gajet saja cecah ribuan ringgit. Remaja-remaja sibuk belajar, sana sini, tusyen dua tiga tempat, untuk ditumpahkan dalam dewan periksa semata. Berputar situlah rutin harian hidup kita. Kita hidup di zaman di mana manusia sanggup buat apa saja demi nampak hebat pada mata orang. Hidup terpenjara pada "apa orang kata". Habis semua benda buat untuk tunjuk pada orang. Na'udzubillah. Kita hebat dari sudut 'form', tidak dari sudut 'substance'. Bilakah kita serius meneliti rohani kita bagaimana? Sedangkan mulianya kita, sehingga seluruh malaikat yang infinity itu tunduk hormat pada kita sebab Roh yang Allah beri istimewa dari sisiNya. Kita sibuk menghias badan, sibuk mengurus akal, sedangkan hati kita sedang demam, sedang koma, kita tak sedar. Umpama kita beli buah, kita nilai pada kulit luarnya saja, tak ambil peduli dalamnya buruk ke, masam ke. Quran jarang baca, solat tinggal, solat jemaah tak minat, masjid di jauhi, majlis ilmu tak pergi. Yang ramainya di mana? Pasar, supermaket, shopping mall, stadium, pusat hiburan. Justeru, ulama' tafsir menyebut, "Siapa yang mengabaikan aspek rohani dalam hidupnya, bermakna hinalah dia seperti tanah yang iblis sebut pada awalnya. " Tafsiran yang lainnya adalah, "Orang yang mengabaikan aspek rohani ini bererti dia setuju dengan pengiktirafan iblis bahawa manusia itu daripada tanah dan hina. Justeru iblis berminat pada dirinya dan menemaninya sepanjang kehidupan." "Bagi orang yang sibuk membangunkan rohani dan jiwanya, malaikat seluruh alam akan hormat kepadanya dan bersama menemaninya sepanjang hayat." Jadi marilah kita irihati dengan rohani seseorang, yaitu imannya. Hubungannya dengan Allah. Manis dalam ibadah. Bukan irihati dengan pakaian orang, dengan wajah orang, atau harta seseorang. Itu semua tak bermakna di sisi Allah. Sikit pun Allah tak pandang. Tapi apabila kita balik bertemu dengan Allah kelak, yang nak selamatkan kita bahagia selama-lamanya adalah 'Qalbun Saleem'. Ya'ni rohani atau dalaman jiwanya yang bersih, terpelihara dan sihat. Siapa yang tidak kenal Bilal Bin Rabah ra, seorang hamba abdi berkulit hitam, kepala botak dan tebal bibirnya. Tapi Rasulallah pernah memanggilnya dan berkata, "Wahai Bilal, aku mendengar bunyi tapak kaki kamu dalam syurga." Subhanallah. Bilal sebelum Islam hanyalah seorang hamba yang dipandang hina, tapi setelah Islam dibina rohaninya sehingga dia menjadi seorang muazzin yang tersohor. Mari jadikan pembangunan Roh ini, satu agenda besar dalam hidup. Allahua'lam...
Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya:”Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang lebar,panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru. Dan di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit.Maka Allah s.w.t. pun menerima permintaanya. Berkatalah malaik...
Comments
Post a Comment