Skip to main content

muslimah

hai my dear blog! now ase mcm nk nages sngt3, nk jerit kuat2,. sebab ina bosan sangat2,..
ina langsung x buat apa,.. x dak aktvt yang ina nak buat,..
ina sunyi.. ina sorang ja... meana keja,. nana x dak,.. ina ada depa jaa... :(
well! yang ina x suka sngt bila ramai org yang  angp ina ni ramai yang akan teman ina,.. "alaaa ezrina,.. ag tu x pla,. x penah bosan,. ada ja org....."bla3!
ya Allah.. sebab tu lah ina selalu pujuk hati ni,. ina selalu kta kt hati kecik ni (kecik mcm tuan dy) yang "xpa ezrina,.. hanya Allah ja yang kenal siapa saya" :)
ea!! mmg setiap hari ina akan dihujani banyak pm, we chat, daripada sape2 sja,. yg nk berkenalan laa,.. alaa2 ustaz la,.. ala2 mat rempit pon ada,. huhu,.. tp bukan ina nk kata ina baik,. tapi ina yakin dgn diri ina mmg ina x akan layan,.. sumpah... sebab bukan tu yg ina nak... ya Allah....... walaupun aku sunyi.. walaupun aku x dak tmpat mengadu selain Engkau,.. aku tak akan cemari harga diri dengan senang2 bergaul dengan org yang x sepatutnya,.. sebab aku sendiri pon x suka tngok permpuan lain yang melayan semua lelaki mcmtu... sedangkan kita ni sngat berharga di mata pencipta kita,.. jadi untuk apa kita turunkan harga diri kita,..
ye! mmg kalau org yang TAK KENAL Ina,,. diorg akan nilai ina dari segi FB ina ka.. apa2 yang ina post or cara ina komen,.. sahabat sedarlah.. ina hanya balas berbatas,. in sya Allah apa yang ina tulis,. apa yg ina balas,.. ina tau niat ina.. ina tau cara dan  batas nya,. in sya Allah..
ea,. mmg sesetangah org selalu cakap perempuan u CANNOT do this,.. CANNOT do tht,..
apa masalah saudara sebenarnya? -,-"
sebenarnya jika kita fahamkan agama islam tidak pernah membebankan hamba2 nya,. ea.. sebagai seorg perempuan,.. kita kna jaga batas pergaulan. tapi bukan bermakna kita haram berkawan atau menghubungkan silaturahim,. kita ada hak untk berdakwah,. ini juga bermakna kita ada hak untuk bersosial,.. maaf,.. jangan disalah tafsirkan.. sosial membawa maksud hubungan kemasyarakatan,.. ea kita juga ada hak wahai muslimah! cuma Allah dah gariskan panduannya,.. ea,. mmg kita digalakan tertutup,. tapi x bermakna salah untuk bersifat terbuka,. menasihati dan menerima nasihat,..
sebab itulah kita di hantar ke sk.. universiti,. kenapa itu dibenarkan? kerana NIAT kita untuk menuntut ilmu,.. serta dengan niat yang baik wahai muslimah.. selebihnya Allah bersamamu,.. jaga segala batas dan aurat mu,. jaga tutur kata mu,... jaga segala peraturan Allah. maka yakinlah,. Allah menjaga mu,..
aku sangat tidak setuju dengan para lelaki yang selalu meletakkan wanita terutamanya muslimah sebagai sesuatu yang hanya dilahirkan UNTUK BERSELINDUNG,.. maksud ina disini,.. kami bukan hanya dilahirkan Allah untuk berselindung takut dibelakang para jejaka,.. kami bukan hanya dilahirkan untuk sentiasa berada dalam zon selamat,. kami bukan sekadar dilahirkan untuk melihat tetapi tidak boleh bersuara,.. kami bukan hanya dilahirkan hanya untuk mendengar arahan dan mematuhi segalanya,. tanpa memberi sebarang hujah atau pembelaan,.. kami lah WANITA YANG MENYEBABKAN PARA JEJAKA BERADA DI BUMI DENGAN IZIN ALLAH! kami lah yang bakal melahirkan mujahid dan mujahidah! kamilah yang mendidik dan mengasuh anak kecil hingga menjadi pemimpin dan berkuasa! kami lah yang memberi kekuatan dikala anak2 dan para suami berada dalam keadaan lemah! kami lah yang MAMPU MENGONCANG DUNIA! percayalah muslimah,. Allah meletakkan martabat wanita terlalu tinggi,.. janganlah terlalu mudah kita rendah kan nya...

ina sendiri sentiasa berkomunikasi dengan sahabat2 fb ina yang komen di status2 fb ina,.. walaupun lelaki mahupun wanita.. sekadar menghormati perhatian dan bacaan mereka.. hanya di ruangan status,. yakni di hadapan public.. dan ina menghadnya hanya disitu,. tiada pm pribadi yang ina layan atau ina balas jika ianya tidak penting... ina hnya akan reply pm kawan2 sk ina,.. atau kwn2 prmpuan,.. dan suadra/saudari yang bertanya terus soalan yg berkaitan agama/ pelajaran,..
wahai muslimah... ina akui.. kita x mampu nk jadi sehebat para isteri BAGINDA SAW,.. tapi sekurangnya kita cuba syg....

ramai kawan2 yang ina kenal.. x kira lelaki atau perempuan,. masing2 selalu berkata yang mereka tidak mampu hidup jika tiada satu sma lain.. ada yang kata "aq x leyh arkk kalau x kapel,.. sunyi arkkk"
pernah ada yang tanya ina.. "wey ag ni pelik laa,.. awat x kapel?' ada juga yang kata "ishhh tipu arkkk ag x kapel,..."
HELLO!!! apa masalahnya?!
ea.... aku akui.. aku sunyi....
ea aku akui... hp aku jarang berbunyi,..
ea aku akui.. disaat kawan2 sering berbalas pesanan di hp aku hanya menyepi dan memerhati,..
ea aku akui,.. tiada ucapa sayang dan kata2 cinta yang membanjiri stp hari,..

tapi.....
dengan semua tu,. aku rasa lebih memerlukan Ilahi....
hp jarang bunyi,.. tapi aku sering habiskan waktu dengan mengaji...
disaat aku lihat kawan2 berkasih syg dgn bukan yg halal,. aku sentiasa berdoa pada illahi agar menjaga hati ini...
walaupun tiada ucapan cinta stp hari, tiada ucapan selamat malam yang sweet2,.. tapi aku akhirkan stp malam ku dgn berdoa dan memikirkan mati,.. kerna Allah jauhkan aku dari bercakap telepon hingga mata ku terlelap dlam kemugkaran Allah...

BIAR LAH SUNYI... janji kita jauh dari kemungkaran,... :)
kadang bila hati terlalu sunyi,.. ada saja org yang aku kenal,.. (lelaki) yang Allah hantar untuk menguji,.. mereka selalu menyapa,.. sejujurnya,.. hati akan terusik dengan pelbagai bisikan.. "balas jla ezrina,. dh la boring ni,. bukan nk mengatai pon,. biasa2 ja,."
tapi... stp kali jari ingin menaip,.. bisikan lain pulak akan berpesan,.. "ezrina,.. nak ke nanti dapat suami yang melayan perempuan senang2 ja? mmg la balas biasa2 ja,.. tapi kita kenal seseorg sehingga boleh bertukar mnjadi cinta bermula drp biasa2 tu lah,.. malu lah skit Allah tngok,.. wat apa solat n ngaji.. tapi x jauh dr maksiat,.." terus jari ku akan berhenti...

kerna itulah wahai sahabat... kita kena sentiasa bermuhasabah diri.. kenapa? kerana iman itu bukan lah sesuatu yang bersifat kekal,.. ianya kan berubah... ada naik,. dan ada turun... peliharalah ia sebaik mungkin. :)

ingat bahawa apa saja yang kita lakukan,.. ALLAH SENTIASA MEMERHATIKAN KITA,..

urmm.. macam nilah.. kalau kawan2 kita janganlah kita terus menyepi pulak,. kawan2 sk semua tu jangan lah kita berdiam diri,.. mereka sebahagian daripada kita dan pengalamn kita.. berhubunglah dalam keradhaan Allah.. jaga batas2,. jaga pergaulan,.. so x dak apa yang perlu dirisaukan k :)
nak whttp pon whtpp lah,. janji jangan over k.. hehe..

~biarlah org nilai kita ni teruk ka apa ka,.. janji kita tahu siapa kita. dan sedia berubah demi kebaikan,..

sekian saja ;) xoxo~

Comments

Popular posts from this blog

Al-Bashiir....

ALLAHUAKHBAR... sayupnya rasa hati... ya Allah sungguh aku rasa jauh dari ketenangan.. aku ingin sibuk kan diri ku mencari cinta mu seperti dulu.. aku ingin kembali dalam dakapan erat mu.. aku ingin merasa hangat mengejar cinta mu... ya Allah tuntun kan aku kembali ke dalam cahaya MU.. tolong ya Allah... Tolong....... aku penat dengan dunia ini ya Allah... penat sangat.... sungguh tiada ketenangan di sini... semua nya sangat menekankan hati.... ya Allah ke mana patut kaki ini melangkah..... ke mana ya Allah? ke mana........ kenapa KAU biar kan aku begini ya Allah... aku sentiasa... SENTIASA perlukan MU ya Allah... ya RAHMAN.... YA RAHIM... kebesaran mu untuk kami semua hamba MU... sungguh aku mohon... toleh lah pada ku ya Allah..... gapai semula tangan ku..... bantu aku ya Allah.... gengam hati ku... kenapa aku di letakan dalam keadaan ini.... Allah... aku tak nak jauh dari MU... tiada makna hidup ini tanpa MU... Allah... aku sentiasa ada mu... aku yakin setiap jari yang menaip.....

Tercemar berjuta kenangan hanya kerna satu kesalahan..

tercemar berjuta kenangan  hanya kerna satu kesalahan.. saudara,  jika kita sedar bahawa kebahagiaan dan kesakitan yang pernah atau sedang kau rasa itu adalah atas kehendak tuhan mu.. maka engkau tidak akan mudah menghukum seperti ini.. saudara.. jika kau faham dan yakin dengan takdir yang telah Allah catatkan.. masa yang kau ambil untuk memaafkan akan lebih singkat.. dendam yang kau bawa lama itu akan makin luntur... amarah yang kau gengam itu akan makin padam.. yakin lah... kau akan dan pasti akan perolehi ketenangan yang lebih damai.. malah kau akan lebih dikagumi oleh yang menyakiti mu.. kerna kekuatan yang kau mampu pikul adalah lebih besar.. jika Allah berkata bahawa  "Aku tidak menguji hamba ku diluar kemampuannya" maka apa lagi yang kau ragukan tentang kemampuan mu.. adakah janji Allah itu, masih belum cukup untuk membuatkan kau yakin? maka dengan siapa bisa kau sandarkan rasa keyakinan yang tinggi melebihi Rabb mu?...

CORONA

Asalamualaikum salam dukacita,  sesunguhnya kita semua satu dunia berhadapan dengan keadaan yang sangat membimbangkan seluruh masyarakat dunia. tak sangka, yang kita semua akan rasa suasana macamni. dulu selalu baca dalam buku sejarah, dengar kisah orang-orang dulu, atau dengar kegawatan yang dialami orang negara-negara lain.  namun kalini, penangan Virus COVID-19 ni satu dunia sedang merasakan. subhanaAllah, besarnya kekuasaanMU.. moga Allah memberikan perlindungan kepada semua yang kita sayang..  seluruh umat di muka bumi ni.. ya Allah ampunkan lah segala dosa kami dan angkat la ujian berat mu ini ya Allah.. tapi kita kena percaya yang setiap apa yang Allah hantar pasti ada hikmahnya, walaupun sekecil-kecil perkara pon kita dapat lihat dan faham dengan lebih jelas. sejak di arahkan perintah kawalan pergerakkan ni, kita dapat belajar banyak benda.  1. Kita boleh faham, macam mana bosannya duduk rumah dan betapa tepunya otak bila x keluar...