Skip to main content

WELCOME 2015 :)


Asalamualaikum wbt, :)
Alhamdulillah dah 20 tahun Allah  pinjamkan nyawa dan jasad ni untuk menjadi khalifahnya dimuka bumi yang sementara ni,..
moga tahun baru yang menjelang menjadi titik perubahan ke arah menjadi seorang yang lebih baik dari segi zahir dan batin.. haa mcm nk sambut hari raya pulak hehe

subhanaAllah bila dok temenung sorang2 terpikir balik apa yang dah jadi sepanjang usia 20 tahun ni ya Allah macam-macam sangat kenangan yang kadang buat ceq sengeh sorang2, nagis mcm dalam drama, and macam2 lagi la...
apa pon ina nk ucapkan jutaan ribuan terima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT telah hadirkan semua warna-warni kenangan yang ada sepanjang 20 tahun ini.

terima kasih juga untuk keluarga, sahabat, semua yang menjadi sebahagian dari hidup ni..

macam biasa setiap tahun baru je semua mula pegang pen and kertas kononnya nak tulis azam tahun baru... piraahhhhhh hahahaha yang lama pon x terlangsai lagi kankankan..

perubahan tu bukan berlaku dari tahun ke tahun saja, tapi dari hari ke hari, dari detik ke detik, dari hati ke hati,..

bila kita sentiasa muhasabah diri detik keinsafan dan bantuan hidayah Allah sentiasa akan mendorong kita untuk berubah ke arah yang lebih baik dan cemerlang dunia akhirat.

nak tau? kalau kita nak berubah ke arah yang lebih baik apa RAHSIA yang paling tepat untuk memudahkan proses perubahan? jawapannya.... jengjengjeng KAWAN!

ina x kata ina baik.. tapi sebenarnya dalam banyak proses kesedaran and cara mudah nk istiqamah dalam melakukan perubahan diri kita kena ada penguat.. susah untuk kita terus usaha berubah ke arah yang lebih baik atau melakukan sesuatu perubahan kalau kita x dak pendokong yang kan bersama kita dalam jatuh dan bagunnya kita dalam setiap usaha yang kita lakukan..

so nak berubah ajak kawan terdekat anda untuk sama-sama berubah. ianya sangat membantu kawan yang berkualiti mampu mengingatkan kita saat kita tersasar daripda tujuan dan niat kita, saat kita mula rasa lelah dengan segala ujian, saat kita mula was-was dengan hasutan syaitan, saat tulah kita perlukan sahabat yang akan bersama kita untuk saling memperingat dan yang paling penting saling mendoakan yang terbaik buat kita dan dia :)

yang kedua :)

mungkin tips kedua ni sering sangat kita dengar tapi yakinlah inilah satu-satunya kunci terpenting dan kunci ajaib yang akan bantu anda melangkah sebagai manusia yang cemerlang in sya Allah..
iaitu, JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH !
mungkin kita sering ambil mudah hal ni kan.. kadang diri ina sendiri terleka dengan sibuknya urusan dunia.. sebagai student, sebagai ahli persatuan, sebagai kawan, sebagai anak, sebagai kakak, sebagai adik dan macam-macam lagi tanggungjawap kita.. tapi sahabat ingat.. semua tanggungjawap ini bukan satu halangan kita untuk mngapai redha Illahi.. malah kalau kita pandai menggunkan segala kesempatan yang ada inilah pelung kita meraih pahala dan rahmat Allah demi untuk mendapatkan anugerah tertinggi iaitu syurga firdausi... aminnnnn..
so yang penting CARA kita gunakan semua tanggunjawap yang ada dalam melangkah satu persatu mengatur langkah dengan kemas dan rapi dengan niat yang tepat agar sasaran kita tepat menuju redha Illahi..
untuk menjaga hubungan dengan Allah sentiasa ingat Allah bukan hanya waktu kita susah, permulaanya ialah pada waktu kita senang dan tenang nilah kita kena ingat Allah.. barulah waktu kita serabut dan dalam kesusahan Allah akan sentiasa ada dengan kita..
ina sendiri dah buat pon experiment ni kt diri sndri malah ina siap tanya kawan-kawan ini,. semua pn setuju dengan pendapat yang sama.
sebelum ni ina merupakan student STPM jujur ina cakap bukan mudah stpm sangat mencabar dan ramai kawan ina yan gagal dalam perjalanan mereka di stpm. x ramai yang berjaya ke Universiti dengan result nya.. tapi Alhamdulillah ina terpilih dengan bantuan Allah untuk berada di gerbang ilmu ini untuk teruskan lagi perjalanan dalam menuntut ilmu,. tapi ingat ilmu ni dituntut bukan saja dekat U, x masuk U pn ramai yang berjaya malah lebih soleh dan mungkin lebih di sayang Allah :) semua bergantung pada usaha dan niat kita.. so jangan senang2 menilai orang hanya berdasarkan pencapaiannya. so berbalik pada topic asal stpm tadi ina sangat down asalnya, kenapa susah sangat stpm.. banyak yang ina kena hafal, tapi bila sebab susah tulah ina berjaya,.. dan mungkin kalau stpm tu x susah mungkin ina x berjaya pon.. kenapa? sbb bila susah ingatan kita pda Allah tu lagi kuat.. betulkan? cth, mcm anak dan mak, anak kecil kalau sakit, kalau sedih, kalau lapaq, semuanya dia akan cari mak dia nak ngadu and mintak tlong kn? mcmtu juga kita manusia.. bila susah waktu tu lah tergapai2 cari Allah kerna kita tau dengan kuasa Allah yang ajaib tu lah yang akan menukarkan benda yang x mungkin kepada berkemungkinan berlaku.. sebab Allah bukan manusia.. Allah adalah kuasa atas segala kuasa. subhanaAllah setakat mana yang ina usaha selepas tu ina sangat berharap dan x benti doa untuk ina dan kawan-kawan ina.. ina pastikan sebetul-betulnya ina faham maksud TAWAKKAL yang sebetulbetulnya, supaya apa pon jadi lepas tu, apa pon result ina ina kena redha dan angap tu daripada Allah.. dan Alhamdulilllah seperti janji Allah "sekiranya hambaku bertawakal kepada KU maka AKU tidak akan mengecewakan nya" mmg Alhamdulillah result ina kadang ina rasa x layak pon dapat result mcmtu sedangkan usaha ina x setimpal dengan result ina, kawan2 ina yang sangat sunguh2 stdy tapi result mereka sngt mengecewakan mereka dan ina ambil tu sebagai pengajaran terbesar. ingat kawan USAHA SAHAJA TANPA DOA DAN PENGHARAPAN PADA ALLAH TAK AKAN MEMBERIKAN KEPUASAN ...
lain nikmatnya mendapat kejayaan setelah mengadu dan merintih kepada Allah dengan mendapat kejayaan hanya atas usaha kita tanpa kebergantungan kepada NYA..
kebahgiaanya sangat berbeza..

hati kita ini Allah yang pegang.. so kita kena kuat pegang pada tali Allah barulah hati kita sentiasa dalam jagaan Allah :)

malah setelah usaha dan tawakkal kalau kita masih belum mencapai kecemerlangan kita akan rasa ianya sebagai batu lonjatan dan inspirasi kearah yang lebih baik.. teguran Allah ni mcm2 cara dan gaya hanya orang yang celik akal dan hati dapat mentafsirkannya dengan baik dan jadikan ianya sebagai satu turning point !

so sekarang ni azamkan dulu untuk sentiasa perbaiki hubungan dengan Allah barulah yang lain Allah akan aturkan dengan indah buat kita <3

selamat datang 2015 :) *bukan sambut tahun baru tapi jadikan ianya hari baru untuk berubah :> xoxo!



Comments

  1. Very inspiring kak ina. Thumbs up

    ReplyDelete
  2. Salam..... Semoga Allah merahmati saudari dalam rahmat dan lindungan-Nya. Adat dalam kehidupan, bukan manusia jika kita tidak diuji. Bukan manusia jika kita tidak punya hati dan perasaan yang sentiasa berbolak balik. Diuji dengan turun naiknya iman. Semoga mendapat darjat yang tinggi di sisi-Nya iaitu hamba kepada Tuhan. Amin.

    ReplyDelete
  3. panjangnyaaaaaaaaaaaa..............

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

:'( MIMPI SEORANG GADIS ============================= Untuk Renungan Bersama..... ============================= Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood ============================= Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. ============================= Lalu Rasulullah menegurnya. ============================= "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" ============================= Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya ============================= "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. ============================= "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." ============================= Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. ============================= "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." ============================= Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. ============================= "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? ============================= Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. ============================= Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. ============================= Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. ============================= Lalu aku bertanya kepada ayahku. ============================= "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama" ============================= Lalu dijawab oleh ayahnya ============================= . "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia" ============================= Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. ============================= Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." ============================= Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. ============================= Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. ============================= Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. ============================= Rasulullah lantas berkata, ============================= "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun..INSYAALLLAH." ============================= "WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA.....

HIJRAH! LAKUKAN PERUBAHAN DEMI ALLAH! DEMI MENCARI KEBERKATAN DAN KEREDHAAN KEKASIH KITA YANG HAKIKI...!!

Berubah, ia memerlukan tekad dan keazaman yang benar-benar menggugah jiwa. Tetap teguh walau sekuat mana pun badai yang melanda. Picture By Pengiran92 Of LangitIlahi Berubah, kenapa terlalu sukar? Kekadang itulah persoalan yang bermain-main difikiran dan minda kita. Ia bagaikan sesuatu yang menggugah dan mengganggu perasaan semua insan. Kenapa semua insan? Kerana, perubahan itu suatu fitrah. Semua manusia yang normal akan lalui, tempuhi dan alami sebarang perubahan dalam kehidupan mereka. Sama ada dengan kehendak diri sendiri atau mereka terpaksa melalui atas faktor-faktor tertentu. Saya selalu mengulangi kata-kata ini apabila ditanyakan tentang perubahan : “ Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kepada Allah SWT kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti ia akan BAHAGIA.” Ya. Amat terseksa jiwa jika terpaksa melalui perubahan kerana terpaksa. Namun, perasaan bahagia akan menyimbah seluruh relung rasa a...