Skip to main content

di sebalik kemenangan


Alhamdulillah
kata-kata pertama yang akan dilontarkan..
debaran setiap kali untuk menyemak keputusan di portal x pernah surut..
namun kerna nilai tawakal yang di amalkan pasrah dan redha aku dahulukan dulu sebelum segalanya Allah jelaskan.
dan kerana itu juga ketenangan ada bersama ku...

sungguh bukan jalan mudah memilih untuk menjadi seorang pelajar universiti dan pelajar ijazah...
cabaran demi cabaran terpaksa di lalui..
semakin meningkat semester.. semakin mencabar segala tugasan dan susahnya soalan...
namun itu adalah untuk mematangkan..

kehidupan ku yang terpaksa berbahagi dengan segala tugasan lain dalam organisasi.. dalam kerja sosial.. sebagai rakan,. anak,.. teman dan isteri orang.. ehhhh! haha sangat memberikan tekanan.
namun di saat hati mula berkecamuk.. iman ku akan berkata "Allah tidak menguji mu lebih dari kemampuan mu... " dan aku akan tersenyum.. 
sebenarnya semakin tinggi ujian.. semakin percaya dan yakin Allah pada hambanya... maka aku bagun dari rebah...

kerna kuasa maha agung mempercayai mu.. maka di mana kamu mahu mempertikaikan kepercayaan NYA?

sungguh kadang luar biasa kesibukkan aku dan rakan-rakan ku yang lain.. 
sering kami hanya balik ke bilik untuk tidur pada malam hari sahaja... 
di awal subuh waktu bermula segala tigasan hingga ke lewat malam...
letihnya hanya Allah yang tahu...

namun kerna aku mampu.. Allah bekal kan aku dengan segala kekuatan yang secukupnya.
kadang rakan ku mengeluh kepenatan dengan segala tugasan dan program yang terlalu banyak..
namun aku muhasabah kan mereka kembali...
tidak kurang mereka juga di saat kesabaran aku mula di uji.. mereka ada menenami dan menasihati...
sahabat ku adalah anugerah Allah yang tak terperi nilainya..

namun kuasa Allah maha hebat...
sungguh luar biasa...
jika di lihat senarai tugasan, peperiksaan, program, mesyuarat dan lain-lain kadang sungguh padat dan berat segalanya kelihatan...
namun satu persatu berjalan sesuai dengan kehendaknya.. kerna bila kita mula ikhlas mengorbankan segala tenaga , bukan sahaja urusan dipermudahkan malah kegembiraan ada di sebalik kepenatan dan pengorbanan.

aku meraih kejayaan kecil ini bukan semudah insan yang memang terlahir bijaksana,
aku insan biasa yang perlu berbekalkan segala jerit perih usaha.
aku belajar untuk mengajar rakan-rakan ku yang lain..
kadang satu masa aku sendiri kesuntukan masa untuk mengulangkaji, dan rakan ku minta untuk aku ajarkan mereka . bergilir-gilir 5,6 orang akan datang dan aku mula mengajar berbekalkan sedikit pengetahuan yang aku faham. kadang hingga lewat 2 pagi baru selesai aku mengajar mereka. namun Allah maha adil.. berkat usaha itu, Allah gantikan dengan ketenangan dan ingatan yang kuat apa yang aku pelajari. 
malah saat paling manis adalah apabila keputusan telah diketahui dan masing-masing mengucapkan terima kasih kerna membantu mereka. dan dari kerana itu aku juga mahu ingatkan kita sebagai hamba juga seharusnya lagi lah perlu untuk berterima kasih pada Allah.
sujud syukur atas segala kejayaan.
berterima kasih kepada ibubapa, guru, dan teman. 

kita tidak berjaya kerna diri kita, ada mereka di belakang kita.

sudah 3 kali aku menduduki peperiksaan final. dan Alhamdulillah rezeki ku meraih "dean's award" sebanyak 2x.. mana lagi 1? hahaha.. moga semester yang akan datang semakin baik.

tugasan aku di UUM tak akan pernah aku lupa.. setakat semester 4 ini telah mengajar dan meninggalkan pengalaman yang begitu berharga buat ku.
menjadi pengarah projek, MT program, ahli jawatan kuasa, exco persatuan, setiausaha kohort, dan lain2 pengalaman sungguh mensadoo kan jiwa dan mental. 

kadang bila aku ceritakan aktiviti ku seharian pada rakan ku yang bukan satu universiti mereka pelik dan tak percaya. kerna bagi mereka kehidupan mereka sebagai student sangat relax dan banyak masa senggang. jauh berbeza dengan aku. sehingga tidak pernah sekali cuti mid semester aku pulang ke rumah tanpa membawa buku atau tugasan. pasti akan berbekalkan tugasan dan segala macam tanggungjawab yang perlu di fikirkan. 

yang paling penting bagi ku, 
sebelum menjadi pemimpin, pimpin dulu diri mu. 
halakan pada tujuan yang satu.
Allah pasti membantu mu.. :)


Comments

Popular posts from this blog

WELCOME 2015 :)

Asalamualaikum wbt, :) Alhamdulillah dah 20 tahun Allah  pinjamkan nyawa dan jasad ni untuk menjadi khalifahnya dimuka bumi yang sementara ni,.. moga tahun baru yang menjelang menjadi titik perubahan ke arah menjadi seorang yang lebih baik dari segi zahir dan batin.. haa mcm nk sambut hari raya pulak hehe subhanaAllah bila dok temenung sorang2 terpikir balik apa yang dah jadi sepanjang usia 20 tahun ni ya Allah macam-macam sangat kenangan yang kadang buat ceq sengeh sorang2, nagis mcm dalam drama, and macam2 lagi la... apa pon ina nk ucapkan jutaan ribuan terima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT telah hadirkan semua warna-warni kenangan yang ada sepanjang 20 tahun ini. terima kasih juga untuk keluarga, sahabat, semua yang menjadi sebahagian dari hidup ni.. macam biasa setiap tahun baru je semua mula pegang pen and kertas kononnya nak tulis azam tahun baru... piraahhhhhh hahahaha yang lama pon x terlangsai lagi kankankan.. perubahan tu bukan berlaku dari tahun ke t...

😊

Bila berkata mengenai perasaan orang sering melihat aku kuat.. Mereka merasa aku jarang menangis dan mampu teguh segala pendirian.. Disebalik setiap keputusan.. Mereka tidak tahu rahsianya.. Berbulan aq menanggung segalanya.. Aku simpan dan luah hanya pada DIA.. Aku pendam dan pujuk hati mempersalahkan diri sebelum aku lihat salahnya dia.. Aku cuba sedayanya untuk terlihat bahagia.. Aku cuba.. sungguh aku cuba.. Aku terima bukan saja2.. ikhlas dari hati kerana DIA.. Keputusan yang aku ambil bukan akan buat aku tertawa.. sungguh aku mahu hanya ketenangan.. dan sungguh aku mahu adalah untuk merasa kau ada.. Sia-sia dekat namun hilang.. Mungkin persahabatan ini penawar segalanya.. Aku yakin dengan ketentuanNYA.  Akan tiba masa untuk Allah menjawab segalanya.. Aku serah segalanya kepada DIA.. Allah telah atur segala perjalanan dan perancangan NYA.. Disini Allah menguji keyakinan kita kepadaNYA.. Jangan kuatir doa aku untuk mu sentiasa ada.. Aku perlu kuat d...

aura qasidah :)

Asalamualiakum :) Lamanya rasanya x update blog   nyh.. btw alhamdulillah,. Baru ja abeh exam,. So now tiap ari nak update pon boleyh.. in sya ALLAH.. Nak mula pada mana ekk ikutkan bayaknyaaa nk ceritaaa! Ok! Now ina nak cerita tentang QASIDAH :) tau x? Qasidah nyh is alunan bait2 lagu yang memuji baginda Rasulullah SAW.. Ina mula2 x tau pun apa tu QASIDAH.. 1st yg ina mula jatuh hati dengan qasidah nyh waktu ina pergi ceramah agama anjuran ANUGERAH .. sebelum mula forum,. Pihak penganjur menjemput kumpulan qasidah untuk membuat persembahan.. subhanaAllah tenang sangat bila dengar,. And best sngat.. pada situ mula try hafal sikit2.. sebab tu semau dalam bahasa arab,. Then bila bukak tv pon banyak alunan qasidah nyh dimainkan,. :) Baru-baru nyh ina pergi masjid perda, waktu tu musim exam haha.. esok pon ada paper,. Tapi gagah jugak p,. Sebab ina yakin bila ina p sana lagi semangat nak belajar.. so ina bawak adik ina yg nak spm tu jugak,. And kawan ina,. Alia. Ka...