Skip to main content

asalamualaikum :)

tenang rasaya dapat ada di rumah walaupun hakikatnya bercuti dengan pelbagai tugasan lain yang perlu segera di selesaikan.. tapi Alhamdulillah Allah bagi segala tugasan ini berserta dengan khudrat yang ada :)

hari demi hari yang sering di lalui dengan kesibukkan tugas sebagai pelajar yang x putus masa menghadap pelbagai aktiviti harian , sering aku berhenti sejenak berfikir . apa benarkah apa yang buat? buang masakah aku? adakah usaha aku ini Allah terima sebagai ibadat? kerna aku selalu khuatir jika ianya sia-sia. dan tidak diredhainya..

akan tetapi siapa kita untuk mengetahui amalan kita diterima 100% . kita hanya manusia biasa yang melakukan sesuatu usaha sehabis baik dengan berbekalkan niat yang baik dengan harapan mendapat perhatian , kasih sayang, rahmat , pengampunan dan keberkatan dari Allah.

tiada siapa tahu bagaimana Allah memandang diri kita dan orang lain. kita hanya mampu menilai berdasarkan amal yang kita lakukan. tapi hakikat sebenarnya hanya menjadi rahsia Allah.
sedangkan Nabi Muhammad SAW yang digelar kekasih Allah juga sentiasa takut untuk berhadapan dengan Rabb nya kenapa? kerana manusia hebat itu tidak pernah merasa dirinya sudah cukup baik.. kerana manusia hebat itu tidak pernah merasa Baginda layak untuk ke syurga Allah.. subhanaAllah..

bagaimana dengan kita? ingat kasih sayang Allah melebihi besarnya kerisauan kita.
Allah menjanjikan yang baik buat hambaNYA yang berusaha sehabis baik.

kadang kita sering bosan dan rasa ingin mengalah. kerana kita rasakan di dunia ini hanya kita sahaja yang paling banyak berkorban, yang paling banyak dirundung malang , paling banyak dianaiya, sehingga satu masa kita menangis kononya kita sudah tidak kuat untuk semua nya lagi.

walhal kita diuji terlalu sedikit TERLALU SEDIKIT berbanding dengan hamba-hamba Allah yang sedang beratur untuk melangkah ke pintu syurga. kenapa mereka mampu berada di barisan itu? kenapa bukan kita? apa rahsia yang mereka bawa? apa rahsia yang Allah beritahu mereka tapi bukan kita? apa rahsia yang mereka amalkan tapi kita tidak ketahui?

jawapannya TIADA RAHSIA . Allah membuku hijab kepada manusia untuk mengetahui cara memasuki syurganya.. Allah terangkan satu persatu jalan dalam ilmunya untuk kita praktikkan dan merasai nikmat syurganya.

malah Allah berikan sebenar-benarnya gambaran NERAKA dan penyiksaan yang bakal kita terima sekiranya kita seorang pendosa yang tidak bertaubat. kerana apa? ia sebagai alat untuk meletakkan rasa takut dan berwaspada agar kita berhati-hati dalam melakukan apa sahaja di dunia ini.

namun yang kita pilih?

jalan yang kita pilih yang membawa kita jauh dari ketenangan.. aku yakin semuanya bermula dari SOLAT. akidah utama yang akan menentukan perjalanan seorang muslim.
terlalu banyak Allah hantar contoh dalam kehidupan aku dalam usaha mengenal islam yang sebenar.
aku sering menjadi tempat rujukan rakan-rakan yang rapat atau hanya kenal sehari dua. mereka sering mengadu masalah dan berkongsi cerita. aku sangat hargai nya. namun apa yang dapat aku simpulkan perbanding besar antara masalah seseorang individu adalah melalui PENERIMAANnya terhadap sesuatu ujian. dan seorang muslim yang DIUJI dan dia menjaga SOLATNYA , cara penerimaan dirinya terhadap sesuatu ujian adalah jauh berbeza dengan muslim yang duiji tetapi TIDAK SOLAT.

sebesar mana ujian yang Allah turunkan bukanlah menjadi kayu pengukur keimanan seseorang. tapi bagaimana seseorang individu itu MENERIMA ujian tersebut adalah mencerminkan besar manakah keimanan nya.

terlalu banyak jika ingin di taip. pegang kata ini "solat mu mencerminkan kejayaan atau kegagalan kehidupan mu"

kerna itu sebelum kita memahami segala macam ilmu di dunia ini. fahami dulu ilmu yang tersirat dan tersurat di sebalik Fadhilat solat yang wajib kita lakukan sebagai muslim 5 kali sehari.

Allahukhbar.. jangan lah ya Allah kau letakkan kami di kalangan golongan yang rugi... masukkan lah kami dalam kalangan orang yang beriman yang layak menghidu bau syurga MU.. amin ya RABB...

Comments

Popular posts from this blog

WELCOME 2015 :)

Asalamualaikum wbt, :) Alhamdulillah dah 20 tahun Allah  pinjamkan nyawa dan jasad ni untuk menjadi khalifahnya dimuka bumi yang sementara ni,.. moga tahun baru yang menjelang menjadi titik perubahan ke arah menjadi seorang yang lebih baik dari segi zahir dan batin.. haa mcm nk sambut hari raya pulak hehe subhanaAllah bila dok temenung sorang2 terpikir balik apa yang dah jadi sepanjang usia 20 tahun ni ya Allah macam-macam sangat kenangan yang kadang buat ceq sengeh sorang2, nagis mcm dalam drama, and macam2 lagi la... apa pon ina nk ucapkan jutaan ribuan terima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT telah hadirkan semua warna-warni kenangan yang ada sepanjang 20 tahun ini. terima kasih juga untuk keluarga, sahabat, semua yang menjadi sebahagian dari hidup ni.. macam biasa setiap tahun baru je semua mula pegang pen and kertas kononnya nak tulis azam tahun baru... piraahhhhhh hahahaha yang lama pon x terlangsai lagi kankankan.. perubahan tu bukan berlaku dari tahun ke t...

😊

Bila berkata mengenai perasaan orang sering melihat aku kuat.. Mereka merasa aku jarang menangis dan mampu teguh segala pendirian.. Disebalik setiap keputusan.. Mereka tidak tahu rahsianya.. Berbulan aq menanggung segalanya.. Aku simpan dan luah hanya pada DIA.. Aku pendam dan pujuk hati mempersalahkan diri sebelum aku lihat salahnya dia.. Aku cuba sedayanya untuk terlihat bahagia.. Aku cuba.. sungguh aku cuba.. Aku terima bukan saja2.. ikhlas dari hati kerana DIA.. Keputusan yang aku ambil bukan akan buat aku tertawa.. sungguh aku mahu hanya ketenangan.. dan sungguh aku mahu adalah untuk merasa kau ada.. Sia-sia dekat namun hilang.. Mungkin persahabatan ini penawar segalanya.. Aku yakin dengan ketentuanNYA.  Akan tiba masa untuk Allah menjawab segalanya.. Aku serah segalanya kepada DIA.. Allah telah atur segala perjalanan dan perancangan NYA.. Disini Allah menguji keyakinan kita kepadaNYA.. Jangan kuatir doa aku untuk mu sentiasa ada.. Aku perlu kuat d...

aura qasidah :)

Asalamualiakum :) Lamanya rasanya x update blog   nyh.. btw alhamdulillah,. Baru ja abeh exam,. So now tiap ari nak update pon boleyh.. in sya ALLAH.. Nak mula pada mana ekk ikutkan bayaknyaaa nk ceritaaa! Ok! Now ina nak cerita tentang QASIDAH :) tau x? Qasidah nyh is alunan bait2 lagu yang memuji baginda Rasulullah SAW.. Ina mula2 x tau pun apa tu QASIDAH.. 1st yg ina mula jatuh hati dengan qasidah nyh waktu ina pergi ceramah agama anjuran ANUGERAH .. sebelum mula forum,. Pihak penganjur menjemput kumpulan qasidah untuk membuat persembahan.. subhanaAllah tenang sangat bila dengar,. And best sngat.. pada situ mula try hafal sikit2.. sebab tu semau dalam bahasa arab,. Then bila bukak tv pon banyak alunan qasidah nyh dimainkan,. :) Baru-baru nyh ina pergi masjid perda, waktu tu musim exam haha.. esok pon ada paper,. Tapi gagah jugak p,. Sebab ina yakin bila ina p sana lagi semangat nak belajar.. so ina bawak adik ina yg nak spm tu jugak,. And kawan ina,. Alia. Ka...