Skip to main content

seksaan KUBUR.......







Dalam sebuah hadith ada disebutkan, KUBUR ITU PINTU KE ALAM BARZAKH (alam perantaraan).. Dalam hadith yang lain disebut, malam pertama adalah malam yang paling menakutkan di Alam Barzakh, oleh itu jinakkanlah roh dengan membaca ayat-ayat al-Quran.. Alam Barzakah amat menakutkan, kerana ia adalah satu tempat yang roh belum pernah sampai dan melaluinya….
Setiap alam ada masalah-masalah pada individu tersebut, termasuklah Alam Barzakh… Ada orang rasa sekejap sahaja masa di alam barzakh, ada yang merasa lama… Rasulullah s.a.w. mengingatkan umatnya supaya mereka MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T. dari azab dan siksaan kubur… Kubur itu satu taman dari TAMAN-TAMAN SYURGA atau satu gaung dari GAUNG NERAKA… Terpulanglah kepada keadaan AMALAN seseorang… Kitalah yang menentukan bagaimana keadaan kita di alam kubur nanti….
Antara golongan yang disiksa dengan AZAB KUBUR ialah mereka yang tidak berjaya menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir..,(yang menjawab segala soalan malaikat adalah AMALAN  sendiri) Mereka yang tidak sembahyang atau tidak cukup bilangan sembahyangnya. Mereka yang melaga-lagakan orang lain (adu-domba), mereka yang tidak membersihkan air kencingnya….
Rasulullah S.A.W. bersabda: “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 EKOR ULAR yang akan mematuknya hingga berdirinya kiamat… Jika seekor saja dari ular itu meniupkan bisanya ke bumi, nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)….
Daripada Ibn Abbas r.a. : ” Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui dua kuburan , lalu Baginda s.a.w bersabda :” Sesungguhnya kedua dua penghuni kuburan ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar…. adapun yang seorang disiksa kerana TIDAK ISTINJAK SETELAH KENCING, sedangkan yang satu lagi kerana SUKA MENGADU-DOMBA… Kemudian Baginda s.a.w. meminta satu pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua , lalu bersabda : ”Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua, selama ia belum kering”.( HR Bukhari dan Muslim )….
@ Jadi masyarakat kini, bila waktu pengebumian sering mereka pacakkan batang pokok puding atau pokok lainnya.Bunga rampai serta bungaan menjadi pilihan  untuk menaburkannya di pusara.Ada pula yang akan tanam pokok bunga bagi menghiasi kubur,kadangkala bersiapan rumput karpet” seakan kubur itu sebuah taman yang indah dimasa kini.

Comments

  1. Saidina Uthman r.a. akan menangis teresak-esak yg amat sangat bila melalui kwsan perkuburan..salah seorng shabat brtnya, kenapa tuan menangis begitu hebat sekali bila melalui kwsn perkburan?? Beliau mnjawab kerna kubur adlh tmpat persinggahan pertama selepas mati, jika baik tmpat prtma ini,maka baiklah prjlanan sterusnya dan jika buruk d pjalanan ini maka buruklah prjlnan yg sterusnya.......sma2 tgktkn amal kita..in shaa ALLAH!... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HIJRAH! LAKUKAN PERUBAHAN DEMI ALLAH! DEMI MENCARI KEBERKATAN DAN KEREDHAAN KEKASIH KITA YANG HAKIKI...!!

Berubah, ia memerlukan tekad dan keazaman yang benar-benar menggugah jiwa. Tetap teguh walau sekuat mana pun badai yang melanda. Picture By Pengiran92 Of LangitIlahi Berubah, kenapa terlalu sukar? Kekadang itulah persoalan yang bermain-main difikiran dan minda kita. Ia bagaikan sesuatu yang menggugah dan mengganggu perasaan semua insan. Kenapa semua insan? Kerana, perubahan itu suatu fitrah. Semua manusia yang normal akan lalui, tempuhi dan alami sebarang perubahan dalam kehidupan mereka. Sama ada dengan kehendak diri sendiri atau mereka terpaksa melalui atas faktor-faktor tertentu. Saya selalu mengulangi kata-kata ini apabila ditanyakan tentang perubahan : “ Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kepada Allah SWT kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti ia akan BAHAGIA.” Ya. Amat terseksa jiwa jika terpaksa melalui perubahan kerana terpaksa. Namun, perasaan bahagia akan menyimbah seluruh relung rasa a...

WELCOME 2015 :)

Asalamualaikum wbt, :) Alhamdulillah dah 20 tahun Allah  pinjamkan nyawa dan jasad ni untuk menjadi khalifahnya dimuka bumi yang sementara ni,.. moga tahun baru yang menjelang menjadi titik perubahan ke arah menjadi seorang yang lebih baik dari segi zahir dan batin.. haa mcm nk sambut hari raya pulak hehe subhanaAllah bila dok temenung sorang2 terpikir balik apa yang dah jadi sepanjang usia 20 tahun ni ya Allah macam-macam sangat kenangan yang kadang buat ceq sengeh sorang2, nagis mcm dalam drama, and macam2 lagi la... apa pon ina nk ucapkan jutaan ribuan terima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT telah hadirkan semua warna-warni kenangan yang ada sepanjang 20 tahun ini. terima kasih juga untuk keluarga, sahabat, semua yang menjadi sebahagian dari hidup ni.. macam biasa setiap tahun baru je semua mula pegang pen and kertas kononnya nak tulis azam tahun baru... piraahhhhhh hahahaha yang lama pon x terlangsai lagi kankankan.. perubahan tu bukan berlaku dari tahun ke t...

Al-Bashiir....

ALLAHUAKHBAR... sayupnya rasa hati... ya Allah sungguh aku rasa jauh dari ketenangan.. aku ingin sibuk kan diri ku mencari cinta mu seperti dulu.. aku ingin kembali dalam dakapan erat mu.. aku ingin merasa hangat mengejar cinta mu... ya Allah tuntun kan aku kembali ke dalam cahaya MU.. tolong ya Allah... Tolong....... aku penat dengan dunia ini ya Allah... penat sangat.... sungguh tiada ketenangan di sini... semua nya sangat menekankan hati.... ya Allah ke mana patut kaki ini melangkah..... ke mana ya Allah? ke mana........ kenapa KAU biar kan aku begini ya Allah... aku sentiasa... SENTIASA perlukan MU ya Allah... ya RAHMAN.... YA RAHIM... kebesaran mu untuk kami semua hamba MU... sungguh aku mohon... toleh lah pada ku ya Allah..... gapai semula tangan ku..... bantu aku ya Allah.... gengam hati ku... kenapa aku di letakan dalam keadaan ini.... Allah... aku tak nak jauh dari MU... tiada makna hidup ini tanpa MU... Allah... aku sentiasa ada mu... aku yakin setiap jari yang menaip.....