Skip to main content

CHARITY FROM US TO YOU

Bismillahhirahmanirrahim..
Allahhu.. 
:') 
x terbayang betapa lega dan gembira dapat selesaikan satu amanah Allah yang di ilhamkan sndiri oleh yang maha kaya dengan segala harta dan rasa 
bermula dengan hanya termenung di pembaringan memikirkan "apa lah yang aku boleh buat untuk umat muhammad?" menitis air mata sebab waktu tu terfikir dalam usia yang sudah menjangkau lebih 20 tahun namun masih belum mampu memberi apa-apa impak besar kepada Agama Allah.. malah baca kisah-kisah para sahabat baginda malunya dan kerdilnya rasa diri ini dibandingkan dengan para sahabat baginda yang kebanyyakkan nya di anugerahkan syahid buat mereka. indahnya :)

tiba-tiba Allah ilhamkan untuk aku satu idea yang berkonsepkan "SEDEKAH" 
terus aku bergegas bagun dari baring... dan mula capai pen dan buku nota aku di meja and kembali ke katil.. dalam keadaan duduk aku mula plan macam mana nk banyakkan wang untuk sedekah .. pendek kan cerita Allah ilhamkan idea untuk kumpulkan orang-orang yang terdekat sebagai ketua.. dan setiap ketua perlu cari sekurang-kurangnya 5 orang ahli yang sukarela and percaya nak join sekali untuk sedekah.. dan akhirnya aku berjaya kumpul kutipan sedekah tersebut hampir  RM1K lebih.. 
sebulan aku hanya minta setiap ahli bayar RM5 sahaja dlm masa sebulan sekali bayar dan kutipan berlangsung selama 5 bulan. jadinya total setiap sorg akan sumbangkan ialah RM 25 shaja. Alhamdulillah amount yang bagi aku dalam kemampuan semua orang.. tugas aku dan 5 orang ketua lain yang aku lantik adalah untuk membuat kutipan untuk setiap anak buah masing-masing dan aku lantik roomate aku yusrina sebagai bendari untuk kutip bayaran setiap sebulan. 

5 bulan berlalu semua kutipan berjaya dikutip lebih dari jangkaan kerna ramai yang sukarela sumbang lebih daripada amount yang ditetapkan. 
siap kami dapat kumpul pakaian terpakai, dan lain-lain barang keperluan yang masih dalam keadaan baik untuk di sumbangkan.

lepas segala kutipan ditutup. aku buat mesyuarat mini dengan semua ketua yang ada di UUM yang terdiri drp  kwn2 aku juga. dan kami rancang untuk keluar pada hujung minggu hari sabtu untuk cari kawasan yang menjadi sasaran untuk menerima sumbangan kami. sasaran utama kami adalah golongan yang sangat daif. Alhamdulillah sekali lagi Allah sangat mudahkan urusan kami. kami dapat maklumat 5 buah keluarga yang sangat susah dan miskin daripada ketua kampung. nama-nama tersebut kami cari satu persatu rumah mereka dan sangat senang nk jumpa walaupun di kawasan yang berbeza dan pendalaman. 
 setiap keluarga mempunyai keadaan kehidupan yang berbeza apa yang pasti mereka sangat susah dan memang memerlukan bantuan. 
kami hiaran kerana apa yang dikatakan oleh mereka , mereka tidak mendapat bantuan zakat. hanya pernah dapat 2,3 kali tapi lepas pada tu bantuan tidak diberikan lagi. 

mula setelah dapat senarai nama daripada ketua kampung kami pergi tinjau satu persatu rumah yang disenaraikan. kami masuk dan bersembang dengan setiap penghuni rumah tersebut. tujuan saya dan kumpulan adalah untuk mendapatkan detail maklumat keluarga tu dan nak tau apa keperluan yang mereka perlu. sebab saya berhajat untuk membeli barangan keperluan mereka mengikut kehendak dan keadaan keluarga masing-masing . lebih baik daripada beli barang yang mereka x perlu atau yang dah ada.

gambar di bawah adalah gambar sewaktu kami pergi buat tinjaun dari rumah ke rumah setiap nama yang di senaraikan.

 (yang tudung merah tu isteri ketua kampung)

 ni ketua dan isteri ketua kampung yang bagi kami senarai nama yang boleh diberi bantuan 


ni keadaan rumah pertama yang kumpulan ina pergi melawat. waktu ni ina dgn isteri ketua kampung naik moto pergi masuk kwsn pendalaman untk tinjau rumah yang kedua. 

 nilah keadaaan jalan nk masuk rumah kedua ni.. ulu sangat and bahaya. ina naik moto isteri ketua kampung sambil borak-borak tntng keadaan keluarga yg kmi nk p melawat ni






 ada dua rumah yang kami bgi bantuan dlm pendalaman tu.. tok dan tokwan tua yang tingai berdua dlm satu rumah dan tokwan tersebut buta penglihatan. satu lagi rumah sepasang suami isteri dan anak kecil yang hanya berpendapatan drp hasil torehan getah . sangat daif keadaan rumah mereka. dan disisih orang sekeliling. yang paling sedih mereka miskin sampai tahab makan bangkai biawak Allahu... mmg sedih sngt waktu ni.. sangat mengajar kami erti syukur dgn apa yang kita ada. sbb ramai yg lagi susah dari kita sahabat. 


  ni rumah yang seterusnya kami pergi tokwan dan maktok ni tingai dgn anak prmpuan mereka yang baru kematian suami akibat kemalangan. bersama cucu2 mereka yang masih kecil semuanya. tokwan dan tok ni dah lama x pergi hospital wlpn sakit sbb x dak transport.. Allah... 
rumah depa sangat daif.. atap depa yang bocor teruk sangat di lapit dengan kain2 perca yang tak digunakan lagi untuk halang air hujan. setiap kali hujan lebat satu rumah depa akan masuk air. 


dan ni adalah rumah terakhir yang ina dan team ina pergi untuk tengok keadaan. nenek tua ni x boleh jalan. hanya mampu mengesot sahaja. semangat nenek ni sambut kami.. dari bilik dia mengesot sampai ke ruang tamu. serba salah kami. 

lepas segala maklumat kami dapat. kami cadang untuk beli barangan makanan , pakaian untuk hari raya dan juga sumbangan dalam bentuk kewangan . malah tok dan tokwan yang sakit kami bawak ke hospital untuk buat full chck up.. 


  ni gambar dekat hospital jitra , kedah.



and lepas chck up kami semua pon bagus punya lapar.. so belanja tok and tokwan makan sama pakej sekali dengan lunch. and yg sedihnya tokwan cakap "sedappp lama x makan puas macam ni" :')

seminggu lepas ni aku dan team sibuk beli barang and bahagikan ikut keperluan dan esoknya tu kami pagi-pagi lagi bertolak edarkan bantuan kepada setiap keluarga yang terpilih. Alhamdulillah banyak lagi benda yang ina x tulis dalam ni . sebab banyak sangat proses yang Allah mudahkan sangat-sangat.
kami pergi dua kereta untuk edarkan bantuan. and yang penting setiap keluarga sangat excited dan berterima kasih atas sumbangan yg diberikan. tq semua yang jayakan charity ni.





ni antara barang dapur yang kami beli yang belum di pack lagi.. ksian bilik nisah haha sbb bilik dia paling bawah skali nk tumpang. dia dgn rela hati bagi.. alhamdulillah :)



kami p dua kereta semuanya. and Alhamdulillah sewa keta satu keta ja kena bayar lagi satu abang tu halalkan see :)
ni lah team saya yang sangat gigih diorang ni. moga Allah balas jasa kalian.
diorang jalan tengah bendang nak masuk rumah pertama tu dah macam bawak rombongan meminang dah. hahaha




ni rumah pertama yang kami p. kebetulan waktu first time kami p tu bulan tu birthday adik ni. so kami take noted and buat kejutan waktu nak bagi sumbangan tu. beli kek and jajan untuk dia. first time dia sambut beday :) siap dapat duit raya lagi.



ni rumah seterusnya yang kami p. tok and tokwan punya rindu la siap suruh anak dia call tanya kami bila nak mai haha.. last2 ajak selfie :P




tok and menantu dia nagis dapat sumbangan yang x seberapa dri kami and team. tq semua yang bagi sumbangan  :)


ni rumah yang terakhir yang kami p sempat tangkap gambar ni satu ja.. ni kawasan pendalaman.
salah sorg ahli yang saya bawak datang and cakap "kak ina, tq sngt sbb ajak nadia join, x sangka sampai mcmni keadaan diorg. buat kita insaf sngt "
memang diorg happy sangat3..
tambah2 kami beli bju raya untuk keluarga 2 ni sama..

ina ada tubuhkan group whatsapp untuk charity team ni..
semua yang jd ahli ina add dlm group ni dan ina akan update semua maklumat dalam group tu dari semasa ke semasa. kami bukan daripada persatuan rasmi mana-mana U atau agensi. tapi ina hanya tubuhkan team sukarela ni untuk panjangkan sedekah daripada yang percayakan kami. segala bukti kami sertakan. hanya menyampaikan sumbangan ikhlas kepada yang betul-betul memerlukan.
ahli yang ina skop kan kepada kawan-kawan, ahli keluarga, sepupu sepapat, cikgu-cikgu.

in sya Allah ada rezeki habis U nanti nak buat persatuan rasmi sendiri untuk CHARITY doakan Allah permudahkan segalanya. amin..
~REZEKI ADALAH UNTUK DI KONGSI~

Comments

Popular posts from this blog

:'( MIMPI SEORANG GADIS ============================= Untuk Renungan Bersama..... ============================= Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood ============================= Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. ============================= Lalu Rasulullah menegurnya. ============================= "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" ============================= Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya ============================= "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. ============================= "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." ============================= Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. ============================= "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." ============================= Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. ============================= "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? ============================= Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. ============================= Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. ============================= Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. ============================= Lalu aku bertanya kepada ayahku. ============================= "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama" ============================= Lalu dijawab oleh ayahnya ============================= . "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia" ============================= Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. ============================= Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." ============================= Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. ============================= Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. ============================= Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. ============================= Rasulullah lantas berkata, ============================= "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun..INSYAALLLAH." ============================= "WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA.....

HIJRAH! LAKUKAN PERUBAHAN DEMI ALLAH! DEMI MENCARI KEBERKATAN DAN KEREDHAAN KEKASIH KITA YANG HAKIKI...!!

Berubah, ia memerlukan tekad dan keazaman yang benar-benar menggugah jiwa. Tetap teguh walau sekuat mana pun badai yang melanda. Picture By Pengiran92 Of LangitIlahi Berubah, kenapa terlalu sukar? Kekadang itulah persoalan yang bermain-main difikiran dan minda kita. Ia bagaikan sesuatu yang menggugah dan mengganggu perasaan semua insan. Kenapa semua insan? Kerana, perubahan itu suatu fitrah. Semua manusia yang normal akan lalui, tempuhi dan alami sebarang perubahan dalam kehidupan mereka. Sama ada dengan kehendak diri sendiri atau mereka terpaksa melalui atas faktor-faktor tertentu. Saya selalu mengulangi kata-kata ini apabila ditanyakan tentang perubahan : “ Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kepada Allah SWT kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti ia akan BAHAGIA.” Ya. Amat terseksa jiwa jika terpaksa melalui perubahan kerana terpaksa. Namun, perasaan bahagia akan menyimbah seluruh relung rasa a...

WELCOME 2015 :)

Asalamualaikum wbt, :) Alhamdulillah dah 20 tahun Allah  pinjamkan nyawa dan jasad ni untuk menjadi khalifahnya dimuka bumi yang sementara ni,.. moga tahun baru yang menjelang menjadi titik perubahan ke arah menjadi seorang yang lebih baik dari segi zahir dan batin.. haa mcm nk sambut hari raya pulak hehe subhanaAllah bila dok temenung sorang2 terpikir balik apa yang dah jadi sepanjang usia 20 tahun ni ya Allah macam-macam sangat kenangan yang kadang buat ceq sengeh sorang2, nagis mcm dalam drama, and macam2 lagi la... apa pon ina nk ucapkan jutaan ribuan terima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT telah hadirkan semua warna-warni kenangan yang ada sepanjang 20 tahun ini. terima kasih juga untuk keluarga, sahabat, semua yang menjadi sebahagian dari hidup ni.. macam biasa setiap tahun baru je semua mula pegang pen and kertas kononnya nak tulis azam tahun baru... piraahhhhhh hahahaha yang lama pon x terlangsai lagi kankankan.. perubahan tu bukan berlaku dari tahun ke t...