Skip to main content

HIDUPKAN RASA ~

sungai akan kering tanpa hujan,.
begitu juga dengan akal, ianya akan kering tanpa ilmu,
hati akan kering tanpa iman,
basahkan ia dengan zikrullah..

tapi mampu kah dengan berzikir saja kita dapat merasa kemanisan dalam beriman?
ini pendapat ina saja berdasarkan pengalaman sendiri yang jahil ni..

ina akan rasa kemanisan dalam berzikir apabila kita memahami makna zikir , memahami makna zikir? contoh? Allahuakhbar, Allah maha besar? SubhanaAllah , maha suci Allah? Lailahailla , tiada tuhan selain Allah? 
makan tersebut kita semua muslim seharusnya telah pon memahami dan mengetahuinya, namun yang lebih penting dari itu ialah apabila kita berzikir dengan timbulnya rasa KEINSAFAN dalam diri kita.. maksud? 

maksudnya , ina akan betul-betul merasai dalamnya zikir apabila ina dapat satu ilmu baru , contoh dengan baca kisah-kisah Wali Allah , para sahabat, apabila ina baca , dan rasa diri terlau kerdil dan jahil, terlalu hina dan jauh beza dengan mereka.. dari situ akan timbul satu rasa yang sangat lain dalam hati , dari situ secara automatik hati dan bibir akan beristifar dengan penuh RASA yang cuba ina maksudkan..

rasa ini yang ina faham melalui pembacaan ina , para sahabat dan kekasih Allah , mereka ada satu RASA yang membuatkan mereka sentiasa berzikir lebih banyak dari mereka bernafas.. kerana RASA itu tidak pernah pudar dan kurang dalam hati mereka.. rasa itu yang sentiasa menghidupkan hati mereka untuk sentiasa mengigat Allah, takut pada Allah, sehingga sesaat pun mereka tidak pernah lupa untuk beristifar kerana takut akan segala dosa. mereka sentiasa merasa diri mereka pendosa dan hamba yang hina sedangkan mereka adalah hamba Allah yang tinggi darjatnya di sisi Allah..

rasa itu hanya untuk mereka yang benar-benar istikamah dalam melakukan segala amalan untuk mendekatkan diri mereka dengan Allah. kita sebagai hamba Allah yang lemah ini, yang darjatnya tidak seperti mereka akan sentiasa ada fasa naik dan turun, kerana itu tidak semua masa dan waktu kita akan sentiasa ingat untk berzikir dan memunajat dengan Allah. kerana banyak urusan dunia yang kita sibukkan . tidak seperti mereka yang walaupun menjalankan urusan dunia namun hati mereka sentiasa memikirkan akhirat , dan dalam mencari rezeki di dunia , saham akhirat mereka sentiasa bertambah kerana mereka pilih untuk utamakan Akhirat.

namun tidak salah untuk kita sentiasa bertatih untuk mencontohi orang-orang yang hebat darjatnya ini , mula dengan langkah dalam memahami sedikit sebanyak akhlak mereka , apa yang membeza kan kita dengan mereka yang hebat ini. bagaimana mereka boleh mencapai kedudukan yang sangat mulia di sisi Allah, maka dari situ kita akan sedar bahawa Allah itu maha Adil, Allah memberi kemuliaan sesuai dengan segala jerih perih mereka dalam mencari redha dan cinta Allah, namun jika dibandingkan saya dan mungkin anda , terlalu sedikit usaha dan kerah yang kita abdikan kepada yang selayaknya. 

dengan RASA keinsafan inilah kita akan mula berzikir dengan rasa yang lebih dalam . dari situ lah zikir itu akan mengetuk hati dan bukan hanya sekadar melafazkan tanpa membawa perubahan dalam diri kita. 

sebagai contoh , sekiranya kita sihat kita akan makan dan minum dengan menikmati lazatnya makanan itu dan rasanya yang sempurna. namun sekiranya kita makan dalam keadaan kita sakit , lidah tidak mampu rasa nikmat makanan yang ada walaupun rasanya lazat pada hakikatnya. 

begitu jugalah perihalnya dengan hati, kita berzikir tanpa sebarang RASA yang mampu mencucuk hati kita adalah perkara yang rugi , berbanding dengan kita berzikir dan dapat merasa kelazatan dan keindahan dalam berzikir sehingga membawa kita rasa "kekenyangan" pada rohani kita. 

wallahualam , sekadar berkongsi ~

Comments

Popular posts from this blog

WELCOME 2015 :)

Asalamualaikum wbt, :) Alhamdulillah dah 20 tahun Allah  pinjamkan nyawa dan jasad ni untuk menjadi khalifahnya dimuka bumi yang sementara ni,.. moga tahun baru yang menjelang menjadi titik perubahan ke arah menjadi seorang yang lebih baik dari segi zahir dan batin.. haa mcm nk sambut hari raya pulak hehe subhanaAllah bila dok temenung sorang2 terpikir balik apa yang dah jadi sepanjang usia 20 tahun ni ya Allah macam-macam sangat kenangan yang kadang buat ceq sengeh sorang2, nagis mcm dalam drama, and macam2 lagi la... apa pon ina nk ucapkan jutaan ribuan terima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT telah hadirkan semua warna-warni kenangan yang ada sepanjang 20 tahun ini. terima kasih juga untuk keluarga, sahabat, semua yang menjadi sebahagian dari hidup ni.. macam biasa setiap tahun baru je semua mula pegang pen and kertas kononnya nak tulis azam tahun baru... piraahhhhhh hahahaha yang lama pon x terlangsai lagi kankankan.. perubahan tu bukan berlaku dari tahun ke t...

😊

Bila berkata mengenai perasaan orang sering melihat aku kuat.. Mereka merasa aku jarang menangis dan mampu teguh segala pendirian.. Disebalik setiap keputusan.. Mereka tidak tahu rahsianya.. Berbulan aq menanggung segalanya.. Aku simpan dan luah hanya pada DIA.. Aku pendam dan pujuk hati mempersalahkan diri sebelum aku lihat salahnya dia.. Aku cuba sedayanya untuk terlihat bahagia.. Aku cuba.. sungguh aku cuba.. Aku terima bukan saja2.. ikhlas dari hati kerana DIA.. Keputusan yang aku ambil bukan akan buat aku tertawa.. sungguh aku mahu hanya ketenangan.. dan sungguh aku mahu adalah untuk merasa kau ada.. Sia-sia dekat namun hilang.. Mungkin persahabatan ini penawar segalanya.. Aku yakin dengan ketentuanNYA.  Akan tiba masa untuk Allah menjawab segalanya.. Aku serah segalanya kepada DIA.. Allah telah atur segala perjalanan dan perancangan NYA.. Disini Allah menguji keyakinan kita kepadaNYA.. Jangan kuatir doa aku untuk mu sentiasa ada.. Aku perlu kuat d...

aura qasidah :)

Asalamualiakum :) Lamanya rasanya x update blog   nyh.. btw alhamdulillah,. Baru ja abeh exam,. So now tiap ari nak update pon boleyh.. in sya ALLAH.. Nak mula pada mana ekk ikutkan bayaknyaaa nk ceritaaa! Ok! Now ina nak cerita tentang QASIDAH :) tau x? Qasidah nyh is alunan bait2 lagu yang memuji baginda Rasulullah SAW.. Ina mula2 x tau pun apa tu QASIDAH.. 1st yg ina mula jatuh hati dengan qasidah nyh waktu ina pergi ceramah agama anjuran ANUGERAH .. sebelum mula forum,. Pihak penganjur menjemput kumpulan qasidah untuk membuat persembahan.. subhanaAllah tenang sangat bila dengar,. And best sngat.. pada situ mula try hafal sikit2.. sebab tu semau dalam bahasa arab,. Then bila bukak tv pon banyak alunan qasidah nyh dimainkan,. :) Baru-baru nyh ina pergi masjid perda, waktu tu musim exam haha.. esok pon ada paper,. Tapi gagah jugak p,. Sebab ina yakin bila ina p sana lagi semangat nak belajar.. so ina bawak adik ina yg nak spm tu jugak,. And kawan ina,. Alia. Ka...