Skip to main content

PESAN IBU TENTANG AYAH:



Anakku…
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir dlm darahmu. Darinya kau warisi namanya, dermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama memperkenalkanmu tentang Allah Pencipta Alam Semesta

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah terhasil setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau namamu tak pernah luput dalam doanya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di dlm pelokannya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Khuatir kecintaannya tak sanggup melepaskanmu selamanya.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semuanya sendirian.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya dengan cinta ibumu.

Anakku pada susuk dirinya juga terdapat syurga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin berbangga dgnmu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya Ayah.
"******************

Comments

Popular posts from this blog

😊

Bila berkata mengenai perasaan orang sering melihat aku kuat.. Mereka merasa aku jarang menangis dan mampu teguh segala pendirian.. Disebalik setiap keputusan.. Mereka tidak tahu rahsianya.. Berbulan aq menanggung segalanya.. Aku simpan dan luah hanya pada DIA.. Aku pendam dan pujuk hati mempersalahkan diri sebelum aku lihat salahnya dia.. Aku cuba sedayanya untuk terlihat bahagia.. Aku cuba.. sungguh aku cuba.. Aku terima bukan saja2.. ikhlas dari hati kerana DIA.. Keputusan yang aku ambil bukan akan buat aku tertawa.. sungguh aku mahu hanya ketenangan.. dan sungguh aku mahu adalah untuk merasa kau ada.. Sia-sia dekat namun hilang.. Mungkin persahabatan ini penawar segalanya.. Aku yakin dengan ketentuanNYA.  Akan tiba masa untuk Allah menjawab segalanya.. Aku serah segalanya kepada DIA.. Allah telah atur segala perjalanan dan perancangan NYA.. Disini Allah menguji keyakinan kita kepadaNYA.. Jangan kuatir doa aku untuk mu sentiasa ada.. Aku perlu kuat d...

Al-Bashiir....

ALLAHUAKHBAR... sayupnya rasa hati... ya Allah sungguh aku rasa jauh dari ketenangan.. aku ingin sibuk kan diri ku mencari cinta mu seperti dulu.. aku ingin kembali dalam dakapan erat mu.. aku ingin merasa hangat mengejar cinta mu... ya Allah tuntun kan aku kembali ke dalam cahaya MU.. tolong ya Allah... Tolong....... aku penat dengan dunia ini ya Allah... penat sangat.... sungguh tiada ketenangan di sini... semua nya sangat menekankan hati.... ya Allah ke mana patut kaki ini melangkah..... ke mana ya Allah? ke mana........ kenapa KAU biar kan aku begini ya Allah... aku sentiasa... SENTIASA perlukan MU ya Allah... ya RAHMAN.... YA RAHIM... kebesaran mu untuk kami semua hamba MU... sungguh aku mohon... toleh lah pada ku ya Allah..... gapai semula tangan ku..... bantu aku ya Allah.... gengam hati ku... kenapa aku di letakan dalam keadaan ini.... Allah... aku tak nak jauh dari MU... tiada makna hidup ini tanpa MU... Allah... aku sentiasa ada mu... aku yakin setiap jari yang menaip.....

MONTSARY

alhamdulillah harini genab sebulan aku berkahwin <3 dah sebulan kahwin baru nak menaip dalam blog. malas sungguh nak mengarang. ni sebab dah bosan sangat and alang-alang dah cukup sebulan marilah kita buat sesi romantik sikit dalam blog yang dah berusang ni. first of all, aku memang tak sangka aku akan kahwin pada tarikh 27/3/2020. ikut perancangan asal akad nikah akan dijalankan pada 3/4/2020 dan sanding pada 4/4/2020. tapi disebabkan isu global COVID-19 ni buatkan semua perancangan jadi 360 darjah bertukar. malam 25/3/2020 "ex-tunang" call nak cakap nak percepatkan nikah sebelum bulan April sebab tok kadi cakap takut penang akan keluarkan arahan untuk tidak membenarkan sebarang acara pernikahan bermula 1 April. sejujurnya aku sangat lah x ok and emosi bila tiba-tiba nak diawalkan dengan keadaan akad nikah yang perlu bersyarat untuk dijalankan tidak melebihi skeian-sekian jumlah, nana (kakak sulung) and family dia x boleh balik sebab PKP, sahabt-sahabat lain tak da...